Monday, October 20, 2008

XSIL XTVT 19 OKT 2008

Perlawanan Sumbangsih antara XSIL dan budak2 TELEKOM yang telah diaturkan oleh Macha @ Zaki. Namun atas sebab sebab yang x dapat dielakkan, beliau tidak hadir. Mmg dasar MACHA! dibwh , gambar sebelum perlawanan.




Venue XTVT
Di padang Telekom Malaysia Jln Semarak (sebelah kem tentera)




Bintang - bintang pasukan sedang mempersiapkan diri menghadapi pasukan lawan (Dr Kiri : Faizal (Cibang@cinop punya abg), Aku , En. Lob)



Lob sedang memeriksa kualiti bola yang akan digunakan samaada ianya setaraf dgn piawaian FIFA atau tidak. Menurut Lob, bola ini amat mantap kualiti pembuatannya.

Perlawanan berkesudahan dengan seri 4 :4 . Berikut adalah analisa ringkas perlawanan tersebut.

Perlawanan dimulakan agak lambat kerana hujan yang turun agak lebat sekitar kuala lumpur pada ptg itu. Tetapi bersyukur jua kerana, apabila Team XSIL Sampai, hujan sudah mula menunjukkan keredaan yang sangat munasabah.

Berikut merupakan formasi pasukan Xsil:

Lob (keeper)

Pager (RB) Ijon (CB) AT (CB) Helmi(LB)

Fauzi Mukhtar (RW) Aku (DMF) Jawad (AMF) Member Amed (LW)

Amed (CF) Faizal Mukhtar (SS)

Sub : Member Amed (2 org)

15 minit selepas sampai, perlawanan dimulakan.

Pengadil meniupkan wisel menandakan permulaan permainan. Sepakan mula diambil pemain lawan dan hanya 2 sentuhan mereka terus merembat jarak jauh dari tgh padang. Akibat daripada tahan kelicinan padang yang begitu ketara, Bola melantun dan terus kepada Penjaga gol XSIL, Lob yang agak terkejut lalu cuba menangkap bola yang ditendang namun sayang, bola terlepas lalu menerjah ke dalam gawang. GOOOLLLL! XSIL 0 -1 TELEKOM. (takpa dimaafkan sbb lob x memakai glove dan penjaga gol lawan pula memakainya)

Para pemain Xsil kelihatan termanggu akibat daripada counter attack yang amat pantas itu. Namun Xsil tidak menunjukkan sikap putus asa dan meneruskan jua perlawanan itu walaupun, ada pemain2 yang merungut mengatakan perut mereka agak berat akibat daripada kekerapan menghadiri open house disiang hari.

Sepakan bermula semula, dan satu attack yang pantas dilakukan dari sebelah kiri oleh winger mereka dan terus cross ketengah, GOOOOLLL! satu lagi goal drpd pasukan lawan. Pemain XSIL agak kaget kerana bagaikan tidak percaya. Nah! gol kedua itu merupakan pemangkin semangat pasukan Xsil untuk kembali menyerang.

Sepak mula diambil semula, dikatakan pengawalan bola adalah 50 - 50 ketika itu. Dalam masa itu juga serangan yang dibuat oleh Xsil semakin lama semakin hebat untuk mencari gol pertama. Gol pertama hadir apabila cubaan yang dibuat oleh Amed, ditampan oleh penjaga gol dan mengakibatkan sepakan penjuru. sepakan diambil amed, namun pertahan mereka agak utuh, namun bola "clearance" mereka jatuh ke kaki aku (ambil fame sket) dan cuba mengelecek 2 pemain lwn di hadapan gol namun, pertahanan mereka pantas dan mengeluarkan bola. Sepakan sudut diambil sekali lagi oleh amed, dan terus ke dahi Faizal. GOOOOLLLLL! XSIL 1 - 2 TELEKOM.

Selepas gol pertama Xsil begitu gah sekali menyerang untuk mencari gol penyamaan, akhirnya muncul jua. satu rembatan kencang diambil amed setelah mendapat lorongan bola yang canting dari Jawad. GOOOOLLLL!! pasukan lawan terkejut tahap gaban dengan kebangkitan mendadak XSIL. mereka juga melancarkan asakan bertali arus namun dapat dipatahkan oleh Pertahanan XSIL yang mantap terutama AT dan IJON. disebalik serangan mereka, XSIL patut berterima kasih kepada LOB yang telah melakukan satu cubaan akrobatik merebahkan badannya untuk menyelamatkan bola rembatan deras pasukan lawan. walaupun pendek, lompatan LOB boleh disamakan dgn lompatan Michael Jordan melakukan "dunk".

Sblm separuh pertama tamat, pihak lawan dan Xsil telah menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 3:3 (gol dijaringkan oleh AMED).

Separuh masa kedua bermula slps pasukan Xsil melakukan "ice breaking" semasa waktu rehat bagi memantapkan skuad. Aku yang mengalami hamstring memberi laluan pada member amed untuk bermain. Lob pula berehat sementara posisi GK diganti oleh Fauzi Mukhtar dan RW diambil alih oleh member amed yang satu lagi.

Perlawan separuh masa kedua berlaku dengan hebat sekali. sesekali berlaku selisih faham antara Xsil dan pasukan lawan. Namun itu semua adalah norma permainan. pasukan lawan memperolehi gol ke 4 mereka beberapa minit selepas sepak mula. (mungkin akibat mereka mempunyai dalam 10 orang pemain sub). Xsil cuba mencari gol penyamaan dgn hantaran serta pengawalan bola yang mantap. Satu serangan pihak lawan telah mencemaskan XSIL namun akibat ketangkasan FAUZI telah menampan rembatan kencang tersebut dan mengakinatkan bola masuk ke kem tentera di sebelah padang.

Perlawanan terhenti seketika akibat sikap anggota terbabit yang menunjukkan sikap lagak egonya untuk tidak memberi bola kembali untuk meneruskan permainan. Namun akibat sikap sabar pemain dan rayuan tanpa henti, akhirnya bola dikembalikan jua.

Beberpa minit lagi untuk permainan tamat, aku telah menggantikan kembali member amed yang agak keletihan. Akibat kemasukan ku yang mendadak, telah mengakibatkan amed dapat menjaringkan gol ke 4 XSIL. Hebat sungguh aura itu :p. hari makin gelap dan Pengadil meniupkan wisel penamat dan keputusan terkini : 4:4.

Tahniah kepada XSIL walaupun ramai player tak datang, tapi berjaya score 4. (mungkin dgn persediaan cukup, pasti Xsil dapat membelasah team TELEKOM ini)




Helmi (LB) keletihan agaknya



Fauzi Mukhtar @ Cidik (cinop punya adik) sebagai pemain import saat akhir dari kawasan parlimen subang




Ijon dan Amed yang menjadi tulang belakang dan tulang pelvis pasukan XSIL



Dari Kiri : Faizal, Aku , Jawad & Ijon



Aku melihat SMS serta cuba menelefon bini kerana takut "disumpah" kalau tidak menelefon slps tamat game :p


Pager berposing dgn tema seluar hawaii beliau. Beliau merupakan cameraman tunggal sewaktu itu . Nama pun PAGER!
(
segala gambar dicilok dari beliau dgn keizinan)

1 comment:

faizalmukhtar said...

cipep. bilamasa pulak ada laporan blog ni?! nampak sangat lu tak gentar dengan ISA!!