Monday, February 23, 2009

Im Back....

Lama dah x blogging... tgh sibuk pecah kepala pasal renovation rumah. Facebook, friendster pun x update2 gambar, cuma aku sempat access dan comment melalui Hp E71 aku nih jer.

Renovation budget aku very tight, rasa mcm tak cukup jer Rm100K tuh. maybe lps rumah dah siap, aku akan update blog nih macam biasa.

Me & Wife mmg weekend sibuk finalizekan tiles la, wordrobe, kitchen cabinet, appliances, etc.
mmg penat tp rasanya berbaloi... yerla rumah 1st and the only buat masa sekarang nih.. habis beriban pun xpa asalkan puas hati... semua untuk family aku (wife, Hadif & Awliya). Sure best giler lepak rumah sendiri.

Lps nih, time frame aku plak, mayb after 2 thn beli MPV (Proton Exora nih mmg tempting) and saving utk anak2. Pastu boleh rancang utk buat anak lain.. hahahah

rite .chiow!

My Precious Hadif


Ni Namanya 3 OREN!

Meh La kalau berani! Aku SMASH!

Hobi mmg suka melukis

Awliya & Nenek

Lastly, introducing Hadif The Tembamz

Wednesday, November 26, 2008

Hadif Zaquan Latest

Nur Awliya Batrisyia always know how to make an entrance... suka bergaya minah nih!

Muhammad Hadif Zaquan @ 10 days old

Gaya paling popular Hadif : Tido @ lepak sambil tongkat dagu

"Ingat tau, kakak sayang Hadif!" Pesan Awliya

"eh, Hidung Hadif sama cam kakak la.."

"Ingat! dah besar nanti kene jadi best friend kakak" Kata Awliya sambil cium Baby Hadif

Kepenatan.... yerla beranak paksa

"Ini baby Boy Hadif !" kata Awliya




Tuesday, November 18, 2008

Siapa Cristiano Ronaldo sila bangun! (please stand up)

Selepas menjaringkan gol ke 100 & 101 untuk Manchester United, Mari kita lihat musim pertama beliau mula melakukan penampilan pertama untuk kelab syaitan merah. Mungkin pada masa itu, kebanyakan penyokong Manchester United keliru mengapa Sir Alex Ferguson membeli pemain ini dari kelab Sporting Lisbon, Portugal dengan yuran perpindahan 12.5 juta pound untuk menggantikan David Beckham yang dijual ke Real Madrid pada waktu pada harga 25.5 Juta pound.
Namun, ternyata Alex Ferguson sangat hebat, lebih hebat dari pemain winning eleven serta fifa manager kerana berjaya mencari bakat yang sungguh hebat ini. Ayuh! kita lihat bagaimana penampilan pertama Ronaldo untuk pasukan kesayanganku, Si Syaitan Merah.

(ps: Lihat gaya penulisan bahasa melayu yang sungguh hebat! hahaha)



penampilan pertama semasa melawan Bolton (bukan kg bolton kat melaka tuh!)



5-0 Baby!

5-0 celebrating fergie 50 years of football... what a tribute...
C.Ronaldo 100 goals for Man utd....
"Viva ronaldo....viva ronaldo..."


Friday, November 14, 2008

world 1st!!!!

Alhamdulillah... minggu lepas dan sebelumnya minggu paling sibuk dalam hidup aku.... mana taknya, 4.11.08 Exam. 6.11.08 plak, Awliya masuk wad ampang putri sebab demam panas (39.5c), 7.11.08 & 8.11.08 ada exam... pastu hari isnin wife kene admit untuk c -sec ops, Awliya baru discharge that day gak..... fuhh... tapi apapun Syukur kpd ALLAH atas kurniannya... kronologi pada 10.11.08 seperti berikut :

My wife tgh buat CTG scan. Apa itu ctg? adalah satu cara untuk check heartbeat baby & contraction ibu
haa... graf  diatas menunjukkan heartbeat baby (warna oren pd digital) & kadar contraction (warna hijau pada digital). Aku dah expert sgt dah baca graf nih.. mana taknya dari Awliya lg aku dah mengadap benda nih

Wife aku di OT (operation Theatre) bukan theatre of dream haa! Nih masa 15 slps bius epidural (bius under spine dimana dari paras dada kebawah takda rasa apa2)

Gambar perut bini aku dibelah. Ini bukan gambar tipu2 , ini betul2! Aku masuk OT dan ambil gambar (nasib baik aku tak takut darah) Masa nih baby baru keluar dan doc tgh bersihkan perut.

Alhamdulillah, MUHAMMAD HADIF ZAQUAN selamat dilahirkan...

Mama yang hebat bersama Hadif, Mama, I salute You! Love u!

Muhammad Hadif Zaquan dilahirkan pada 10.11.08, pukul 2.07 ptg dgn berat 4.0KG dan panjang 55cm

Muhammad Hadif yang tembam tak ingat!

Aku yang keletihan tidur di sofa... 


P.s: Bini aku discharge pada 13.11.08..... cuma hp wife aku N81 jer tak disharge sbb hilang kat hospital... takder rezeki... nak wat camner..( aku pelik sbb masa hp hilang aku cool dan tak mengamuk... walaupun hp tuh aku yang beli untuk birthday dia... maybe ader benda baik yangnk  jadi kot.... Aminn...)





Wednesday, November 5, 2008

Minda letih...

it was a hectic week.... Tuesday ada exam, later that day ambil kelulusan plan majlis perbandaran untuk renovation rumah kat member a.k.a contractor yang bakal buat rumah aku nanti. Then, Rabu plak, early morning kena bawak wife pergi final checkup kat ampang puteri specialist as Doc ckp, dia akan put rabu as tentative date for c-sec ops. Overall baby ok... but aku suruh doc, buat next week, on 10.11.2008 to be exact. yera on that very week aku free drpd sebarang kertas exam utuk seminggu. before semalam checkup on 30.10.2008. Berat baby Hadif dah 3.9KG! tak sampai seminggu check balik... it was 4.1KG... fuhh! besar tuh... so doc suruh sign consent utk c-sec punya ops dgn blood transfusion if byk sgt darah hilang masa ops.. yerla.. besar sgt... tak payah amik risk untuk normal... lagipun 1st daughter dah normal delivery so... aku tak kisah asalkan my lovely wife and hadif zaquan selamat. so on the 10.11.08 itself, doc suruh wife aku puasa start dari 7am... sbb nak masuk labour dalam ku 10am. doc ckp kat aku boleh bwk camera @ video cam to shoot.... hehehe.. menarik tuh.... aku akan usahakan.... yerla.. nak tangkap that very moment to cherish bila tua nanti.... :p 1st daughter tak sempat amik gambar masa delivery sbb nurse x ckup at that time dan aku,doc dan satu nurse jer yang ada dlm bilik.... susah nak amik gambar... maybe this time dlm ops room... ok la kot....

Abis jer checkup..... dpt call dr rumah, awliya demam panas plak.... then kitorang balik dlm ptg mcm tuh utk check awliya... kesian.. panas sgt badan. so we rush to our panel clinic kat selayang. fever dia 39.1 celcius... tinggi... if tak monitor boleh kena sawan tarik.. BAHAYA! so, doc masuk ubat buntut utk kebahkan awliya....

then, malam masa aku terbanun kul 11.00 pm, awliya menagis sbb x selesa nak tidur... dia asyik menggigil.... aku ngan wife tepuk la... kasi dia panas.... then kesian plak tgk.... so me & wife bg dia mkn ubat.... tp mcm sebelum nih.. lps makan ubat.. muntah abis..... byk giler...kesian.... so aku pun terus rush Ampang putri.... check doc.. temp dah 39.5... tinggi lagi! damn.. aku kesian tgk anak aku... aku suruh doc admit kan ajer.. sbb biar dia baik cepat.... yerla.. next week nak melayan wife aku plak untuk baby kedua.... pastu jumaat ngan sabtu nih ader exam lagi.... sesak kepala otak...

but takpa.. slowly la..... harapan aku agar awliya dan mama nanti cepat baik dan selamat melahirkan hadif.

so peeps, later after my wife bersalin will inform via sms... before that.. no more update utk blog nih.... harap2 sempat.. next update akan aku selitkan gambar hadif zaquan..

Assalamualaikum.

Sunday, November 2, 2008

Pesta Bola Merdeka 2008

Sabtu, 25.10.08. (Sorry la lambat update). Aku telah berjaya mendapat satu "freedom". Tapi bukanlah freedom total tp cuma freedom untuk bersama rakan sebaya menonton perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia & Vietnam di bkt Jalil. Sini aku ringkaskan beberapa babak menerusi gambar sbb lama sgt, aku tak berapa ingat terperinci sorotan pada hari itu.

Perlawanan Baru berlangsung.. mmg gemuruh jiwa!

Nih dah lari tema... pakai baju kelab luar... get out!!

Petition membantah kemenangan pasukan vietnam sbb main mcm haram!

Antara mereka yang hadir meng"ia"kan petition tersebut (Amed,Mas,Liza & Ijon)

Video : Suara mamat mana yang over tuh!??