Friday, October 31, 2008

The Evolution..

Anak aku yang kedua, Muhammad Hadif Zaquan Bin Mohd Husaif bakal lahir tak lama lagi. Maka, aku sorotkan secara bergambar bagaimana transformasi anak pertama kami, Nur Awliya Batrisyia Binti Mohd Husaif dari baru lahir sampai sekarang.



Gambar minggu pertama selepas & Ketibaan ketibaan Awliya Batrisyia


2 Bln pertama slps kehadiran Awliya


Nih gambar sekitar awliya berumur 5-6 bln. Awliya meniarap lambat, tp masa nih dah start bercakap pelat!


masa umur awliya 6-7 bln. Mula2 takut nak swimming, tp bila dah
syok, siap.... susah nak bawak naik!



8 bln ke 1 thn. Awliya masa nih byk belajar benda baru. cthnya balik dr lawat zoo, dah pandai tiru mcm2 bunyi dan paling best, di dia tau binatang apa yang bunyi mcm tuh. Kita sbgai parent jgn kedekut belanja utk anak. terutama nk bwk jalan2 sbb masa nih otak tgk ligat!



Yes! awliya lambat berjalan. umur 1th 2 bn baru nak jalan. itupun takut2. tp 2 minggu lps tuh, terus nak lari... mmg hebat! aku rasa dier mmg dah boleh jalan tp dia nak betul2 stable br dier buat.


Kini, awliya.... pandai make up! pastu kalau aku tanya.. "sayang... gambar apa nih?" sambil tunjuk gambar dier berbaju pink kat atas tuh.. dier akan jawab "gambar gedik!" haaa.. tau pun....
Rambut pun dah panjang... nih rambut yang dibela dr cukur masa umur 2 bln sampai sekarang. mmg lambat sgt tumbuh... Gigi pun dah penuh... gambar diatas diambil bila ckp..'sayang.. tunjuk gigi!" haha.. kelakar!


p/s: Aku boleh agak, akan ader org yang akan copy gambar collage yang aku buat kat atas.. terutama org ini... haaaa! kantoi! heheheheh

Thursday, October 30, 2008

Santai.... Layannn.




TWO NUNS

There were two nuns… One of them was known as Sister Mathematical (SM), and the other one was known as Sister Logical (SL).


It is getting dark and they are still far away from the convent.

SM:
Have you noticed that a man has been following us for the past thirty-eight and a half minutes? I wonder what he wants.

SL:
It’s logical. He wants to rape us.

SM:
Oh, no! At this rate he will reach us in 15 minutes at the most! What can we do?

SL:
The only logical thing to do of course is to walk faster.

SM: It’s not working.

SL:
Of course it’s not working. The man did the only logical thing. He started to walk faster, too.

SM
: So, what shall we do? At this rate he will reach us in one minute.

SL:
The only logical thing we can do is split. You go that way and I’ll go this way. He cannot follow us both.

So the man decided to follow Sister Logical.

SM: arrives at the convent and is worried about what has happened to Sister Logical.

Then Sister Logical arrives.

SM: Sister Logical ! Thank God you are here! Tell me what happened!

SL: The only logical thing happened. The man couldn’t follow us both,so he followed me

SM: Yes, yes! But what happened then?

SL: The only logical thing happened. I started to run as fast as I could and he started to run as fast as he could.

SM: And?

SL: The only logical thing happened. He reached me

SM: Oh, dear! What did you do?

SL: The only logical thing to do. I lifted my dress up.

SM : Oh, Sister! What did the man do?

SL: The only logical thing to do. He pulled down his pants.

SM:Oh, no! What happened then?

SL: Isn’t it logical, Sister?

A nun with her dress up can run faster than man with his pants down.And for those of you who thought it would be dirty. I’ll pray for you!

pwuihhh!!

Wednesday, October 29, 2008

Maestro Genius!

Last Night, result Man Utd vs West Ham 2:0. Check out the superb duper silky skills cum ballerina pun ader gak by Bulgarian, Dimitiar Berbatov. Faizal, lu kalau tgk pasti tercengang...wahahawahhaha.... pweeuihh (mcm scolari!)





Another must watch, arsenal vs spurs. Checkout goal bently 35 yard screamer a.k.a volley tahap dewa . carik kat youtube @ myspace.tv

Selepas KWSP ! Tabung Haji akan dipaksa Melabur di Pasaran Saham?

Kita telah mendengar sebelum ini bagaimana Kerajaan menggunakan wang KWSP untuk dileburkan di Bursa Saham, kini desas desus bertiup kencang Tabung Haji akan sekali lagi menjadi Mangsa kerakusan pemimpin BN. Tabung Haji Mempunyai rekod membeli saham saham bukan syariah dan berkaitan judi dan akhirnya terpaksa dijual dalam keadaan rugi.

Tabung haji juga pernah dipaksa membeli kawasan sawit yang luas meliputi kawasan wilayah Indonesian dan pada asalnya rugi, tetapi di senarai awamkan apabila pelaburan tersebut mengalami keuntungan berganda selepas kenaikan harga komiditi sawit tersebut, dan ia disenarai awam atas nama TH Plantation yang membuatkan pendeposit tabung Haji hilang hak dan keuntungan sebenar dari kenaikan harga komiditi.

Selain itu Tabung Haji juga terlibat dengan pelaburan matawang asing(Forex) yang menyebabkan kerugian RM 200juta duit pendeposit, dan yang terkini Tabung haji membeli ekuiti Silverbird yang mempunyai kepentingan terhadap pembuat roti kontroversi HIGH 5 dengan pembelian RM 300juta. Sedangkan dengan nilai RM 300juta banyak pengusaha roti Islam dan pengusaha makanan orang Islam boleh dibantu tetapi Tabung Haji dipaksa melaburkan wang ummat Islam bagi menyelamatkan tauke tauke Cina.

Kalau Syarikat Ummat Islam dengan hasil suci duit Ummat Islam boleh digunakan untuk membeli dan membantu syarikat Bukan Islam dan digunakan untuk pelaburan Forex yang diharamkan, apakah Kerajaan Umno Hadhari ini bertanggungjawab?

Ini Berita Terbaru bagaimana sudah ada suara mahu pertubuhan dan Majlis Islam membeli saham saham Syariah yang dibawah nilai, tidak dinafikan pelaburan pada ketika dibawah nilai adalah satu pelaburan yang baik, tetapi apakah orang Islam didalam pertubuhan ini tahu selok belok pelaburan?

Tidakkah nanti dana ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk dilaburkan seperti wang KWSP kepada ValueCap? ketika itu mereka hanya membeli saham saham untuk kepentingan Syarikat dan portfolio pelaburan mereka, akhirnya duit ummat Islam yang dihanguskan.adalah lebih baik Tabung Haji atau mana mana institusi Islam memikirkan bagaimana mereka boleh menyediakan Kompleks Perniagaan seperi yang dibuat PKNK(Perbandanan Kerajaan Negeri Kelantan) yang mendirikan tempat perniagaan usahawan melayu ditengah Ibu Kota dengan nama KB MALL yang telah mendapat pengiktirafan pasaraya terbaik yang jualannya mengatasi KLCC?

Tidakkan ini satu contoh yang baik bagi perbadanan Ekonomi di Negeri negeri Pakatan memikirkannya? jangan ada pemimpin negeri Pakatan masih terikat dengan cara pemimpin Umno untuk menguruskan anak Syarikat mereka, malah adalah lebih baik tabung haji dan badan badan ekonomi Islam yang lain juga memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan soal “Pinjaman Along”?

Pernahkah kita dengar nama Mohd Yunus dari Bangadesh yang memiliki Bank Grameen yang menyediakan pinjaman Mikro sehinggakan anda mampu membeli 2 ekor kambing dengan meminjam di Bank. Model perbankkan Yunus inilah telah membuatkan dia dianugerahkan hadiah Nobel. tetapi ramai dikalangan pemimpin Pakatan tidak mengambil sikap ” Merakyatkan Ekonomi” tetapi masih memilih kaedah pelaburan bercitarasa tinggi ala UMNO.

Ok kita akan sambung cerita merakyatkan ekonomi dilain masa, dan ini adalah petikan dari Utusan bagaimana mereka menyaran dana Ummat Islam dilaburkan dipasaran saham.

diambil dari perakexpress.com

Ulasan Saifrooney:
post ini ada kaitan dgn post sebelumnya. kepada yang pandai menilai, duit itu menjadikan manusia tak nampak mana halal atau haram. Saifrooney bukannya hendak berlagak baik tetapi, adakalanya, otak pemimpin yang kita nih sudah terlebih pandai. Jika di USA, atau Thailand contohnya, pemerintah takutkan kuasa rakyat tapi di Malaysia, rakyat yang takut. kenapa? walaupun yang memilih si pemimpin nih adalah rakyat masa pilihanraya.....
Lagi satu, saifrooney ader satu idea bernas untuk dikemukakan pada pemimpin yang prihatin, Jika hendak meringankan beban rakyat, salah satu cara yang ada pada waktu kini, kerajaan hendaklah membeli saham2 syarikat konsesi lebuhraya mcm PLUS, LDP, KESAS dan sbagainya kerana pada masa indeks BSKL yang jatuh kini, nilai saham syarikat ini adalah rendah (undervalue). kerajaan tak perlu beli 100% pegangan, cukup sekadar 70%. ini dah menjadikan ia dimiliki kerajaan. Kerajaan pada waktu itu boleh menurunkan kadar tol yang munasabah, (supaya dapat menanggung duit pembelian saham oleh kerajaan dlm jangka panjang, maintainance, gaji pekerja, cashflow company serta ader keuntungan sedikit utk kerajaan supaya boleh roll duit untuk top up mana2 sektor didalam kerajaan yang pincang. Harus diingat, usaha kerajaan yang dibuat ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat ttg kadar keprihatinan kerajaan pada rakyat. Ia juga dapat menjalinkan "domino effect" pada ekonomi negara secara amnya. Cth; bila tol murah, (kalau minyak pun murah gak), boleh jimatkan kos operasi pembekal @ pengilang.Harga jualan rendah (tuh belum masuk insentif diberi kerajaan). Aku rasa kos pembelian ini x sampai 5 billion. itupun kalau kerajaan sekarang mau dengar lah masalah rakyat. tapi aku tgk.. jgn harapla... aku yang takder aper2 nih bg cadangan. DSAI pernah cadangkan pasal harga minyak masa debat tuh pun kerajaan tak ambil pot. inikan aku..... entahlah...

Apa sudah jadi? KANTOI???

Kosnya cuma RM1.67b sahaja. Tetapi kenapa kerajaan BN tak mampu?

Sedangkan RM5b untuk disalurkan kepada Valuecap Sdn Bhd..mampu pula!

Kenapa jumlah lebih besar untuk Valuecap Sdn Bhd boleh dilakukan..kerana disitu ada kepentingan kroni-kroni. Jika syarikat-syarikat berkenaan tidak diselamatkan maka kroni mereka akan mati.

Biar para pilot dan staf TUDM 'mati'...asalkan kroni periuk nasi mereka tak mati.

Dengan itu menunjukan satu lagi kepintaran kerajaan BN dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara ini.

Peruntukan tak cukup kerana semasa 'ada' mereka enjoy sakan. Belanja ikut suka hati tanpa ada perasaan tanggong jawab. Sepatutnya semasa ekonomi kukuh pembelian eurocopter itu disegerakan, disebaliknya mereka telah melakukan 'wrong priority'.

Berikut adalah contoh-contoh perbelanjaan 'wrong priority' yang dilakukan oleh kerajaan BN:

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00 -

[Rujuk]

diambil dari SUKJ BLOGSPOT

Ulasan SaifRooney :
Ini dinamakan perlaksanaan ekonomi secara membuta tuli. Setelah kerajaan kantoi dgn skandal eurocopter yang telah dihebohkan dilaman web semenjak 3 minggu yang lalu dan juga di parlimen telah diminta oleh YB Pas utk dibahaskan. Maka untuk menutup malu, Paklah terpaksa tangguhkan pembelian ini atas alasan, ekonomi tidak mengizinkan. Anehnya, sebagai contoh USA, didalam usaha menyelamatkan ekonomi USA yang tgh karam, kerajaan BUSH telah membawa usul ke PARLIMEN untuk diluluskan 700 BILLION BAILOUT. (BACA BETUL2, DIBAWA KE PARLIMEN). Najib pula ambil duit KWSP 5 BILLION untuk dilaburkan di valuecap (SAPER ORG SEBALIK VALUECAP? CARI SENDIRI) tanpa bawa ke parlimen, pastu labur di BSKL dgn alasan untk rangsang ekonomi. semenjak 1 minggu nih, indeks BSKL jatuh, jadi apa benda rangsangan tuh? duit KWSP dahla duit aku gak dalam tuh...angin! Peliknya, Penyelewengan ini telah dibuat repot polis dgn banyak sekali tetapi tidak satu tindakan yang dibuat. malahan tv3 pun tidak melaporkankannya. Sebaliknya jika ada masalah atau perihal berkenaan PR, sepantas kilat ada aja tindakan. Saifrooney bukannya bencikan kerajaan tp ada masanya kita mesti mementingkan kepentingan rakyat semua tanpa mengira apa jua fahaman politik, kerana yang menyumbang kepada negara adalah rakyat. Bagi saifrooney, jika PR betul2 salah... hukum.. dan jika BN buat salah itu pun kena hukum. Baru adil! Napaknya Malaysia kena ikut peraturan mcm USA, Presiden @ PM x boleh lebih 2 penggal.

Monday, October 27, 2008

Lelong...lelong.....



Lihat, model produk ini sungguh selesa berada diatasnya. Seat boleh recline, ada seat belt, compartment ader 2 (atas & bawah), stroller boleh lipat dan muat dalam bonet kereta.


Model produk menunjukkan rasa teruja bergambar dgn stroller itu. (benda kaler hitam tuh boleh cabut)

Salam.... nih ada announcement... sape2 yg nak beli sweetc cherry stroler, ini lelong... dibeli pada tahun lepas, pertengahan 2007. so ader la 1 tahun++ tapi tak sampai 1 thn 1/2. aku beli di parkson Selayang dgn harga rm 288. Maka, oleh sebab aku dah ader stroller baru, maka hendak dijual kerana tidak dipakai... last pakai pun 6 bln yang lps... sblm beli stroller baru. Maka, ianya hendak dilelong RM 120. ambil sendiri. kalau nak dihantar pun sekitar subang jaya shj. .

Jika berminat, sila emel kpd husaif@bnm.gov.my atau husaif@hotmail.com. atau malas sgt... sila comment pada post ini. sekian.

ps : aku nak jual juga baby rocker. nanti akan dipost gambar.. sbb td baru beli rocking chair baru.. :p

Tuesday, October 21, 2008

Layan...

Lagu Takdir cinta nyanyian Rossa adalah antara lagu yang aku suka dgr lately....
Kalau dulu waktu remaja aku suka layan boyband (saper yang tak dgr? tipulaa...) @ pop band,
dewasa sket early 18 layan rock ngan hip hop then bila dah kawin nih aku suka plak layan
lagu2 yang slow + Ballad dan penuh puitis mcm Imran Ajmain (Hanya Menari), Glen Fredly, Anuar Zain dan baru2 ni Rossa.

"ku tutup mataku dari semua pandanganku bila melihat matamu kuyakin ada cinta ketulusan hati yang mengalir lembut penguasa alam tolonglah pegangi aku biar ku tak jatuh pada sumur dosa yang terkutuk dan menyesatkan cintaku andaikan ku bisa lebih adil pada cinta kau dan dia aku bukan nabi yang bisa sempurna ku tak luput dari dosa biarlah ku hidup seperti ini takdir cinta harus begini ada kau dan dia bukan ku yang mau oh tuhan kuburlah hatiku"

p/s: Untuk download, klik s.i.n.i

Monday, October 20, 2008

Gambar XSIL & SMTBP

Aku adalah carik gambar masa baby aku untuk aku simpan, tetiba jumpa plak gambar2 aku masa skolah kat Teknik dan simpang Lima masa tahun 90 an dulu. pergh!! lawak gila rasanya. mmg poyo abis masa skolah! Aku tgh cuba scan slowly, nanti dah siap aku akan upload kat blog.

XSIL XTVT 19 OKT 2008

Perlawanan Sumbangsih antara XSIL dan budak2 TELEKOM yang telah diaturkan oleh Macha @ Zaki. Namun atas sebab sebab yang x dapat dielakkan, beliau tidak hadir. Mmg dasar MACHA! dibwh , gambar sebelum perlawanan.




Venue XTVT
Di padang Telekom Malaysia Jln Semarak (sebelah kem tentera)




Bintang - bintang pasukan sedang mempersiapkan diri menghadapi pasukan lawan (Dr Kiri : Faizal (Cibang@cinop punya abg), Aku , En. Lob)



Lob sedang memeriksa kualiti bola yang akan digunakan samaada ianya setaraf dgn piawaian FIFA atau tidak. Menurut Lob, bola ini amat mantap kualiti pembuatannya.

Perlawanan berkesudahan dengan seri 4 :4 . Berikut adalah analisa ringkas perlawanan tersebut.

Perlawanan dimulakan agak lambat kerana hujan yang turun agak lebat sekitar kuala lumpur pada ptg itu. Tetapi bersyukur jua kerana, apabila Team XSIL Sampai, hujan sudah mula menunjukkan keredaan yang sangat munasabah.

Berikut merupakan formasi pasukan Xsil:

Lob (keeper)

Pager (RB) Ijon (CB) AT (CB) Helmi(LB)

Fauzi Mukhtar (RW) Aku (DMF) Jawad (AMF) Member Amed (LW)

Amed (CF) Faizal Mukhtar (SS)

Sub : Member Amed (2 org)

15 minit selepas sampai, perlawanan dimulakan.

Pengadil meniupkan wisel menandakan permulaan permainan. Sepakan mula diambil pemain lawan dan hanya 2 sentuhan mereka terus merembat jarak jauh dari tgh padang. Akibat daripada tahan kelicinan padang yang begitu ketara, Bola melantun dan terus kepada Penjaga gol XSIL, Lob yang agak terkejut lalu cuba menangkap bola yang ditendang namun sayang, bola terlepas lalu menerjah ke dalam gawang. GOOOLLLL! XSIL 0 -1 TELEKOM. (takpa dimaafkan sbb lob x memakai glove dan penjaga gol lawan pula memakainya)

Para pemain Xsil kelihatan termanggu akibat daripada counter attack yang amat pantas itu. Namun Xsil tidak menunjukkan sikap putus asa dan meneruskan jua perlawanan itu walaupun, ada pemain2 yang merungut mengatakan perut mereka agak berat akibat daripada kekerapan menghadiri open house disiang hari.

Sepakan bermula semula, dan satu attack yang pantas dilakukan dari sebelah kiri oleh winger mereka dan terus cross ketengah, GOOOOLLL! satu lagi goal drpd pasukan lawan. Pemain XSIL agak kaget kerana bagaikan tidak percaya. Nah! gol kedua itu merupakan pemangkin semangat pasukan Xsil untuk kembali menyerang.

Sepak mula diambil semula, dikatakan pengawalan bola adalah 50 - 50 ketika itu. Dalam masa itu juga serangan yang dibuat oleh Xsil semakin lama semakin hebat untuk mencari gol pertama. Gol pertama hadir apabila cubaan yang dibuat oleh Amed, ditampan oleh penjaga gol dan mengakibatkan sepakan penjuru. sepakan diambil amed, namun pertahan mereka agak utuh, namun bola "clearance" mereka jatuh ke kaki aku (ambil fame sket) dan cuba mengelecek 2 pemain lwn di hadapan gol namun, pertahanan mereka pantas dan mengeluarkan bola. Sepakan sudut diambil sekali lagi oleh amed, dan terus ke dahi Faizal. GOOOOLLLLL! XSIL 1 - 2 TELEKOM.

Selepas gol pertama Xsil begitu gah sekali menyerang untuk mencari gol penyamaan, akhirnya muncul jua. satu rembatan kencang diambil amed setelah mendapat lorongan bola yang canting dari Jawad. GOOOOLLLL!! pasukan lawan terkejut tahap gaban dengan kebangkitan mendadak XSIL. mereka juga melancarkan asakan bertali arus namun dapat dipatahkan oleh Pertahanan XSIL yang mantap terutama AT dan IJON. disebalik serangan mereka, XSIL patut berterima kasih kepada LOB yang telah melakukan satu cubaan akrobatik merebahkan badannya untuk menyelamatkan bola rembatan deras pasukan lawan. walaupun pendek, lompatan LOB boleh disamakan dgn lompatan Michael Jordan melakukan "dunk".

Sblm separuh pertama tamat, pihak lawan dan Xsil telah menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 3:3 (gol dijaringkan oleh AMED).

Separuh masa kedua bermula slps pasukan Xsil melakukan "ice breaking" semasa waktu rehat bagi memantapkan skuad. Aku yang mengalami hamstring memberi laluan pada member amed untuk bermain. Lob pula berehat sementara posisi GK diganti oleh Fauzi Mukhtar dan RW diambil alih oleh member amed yang satu lagi.

Perlawan separuh masa kedua berlaku dengan hebat sekali. sesekali berlaku selisih faham antara Xsil dan pasukan lawan. Namun itu semua adalah norma permainan. pasukan lawan memperolehi gol ke 4 mereka beberapa minit selepas sepak mula. (mungkin akibat mereka mempunyai dalam 10 orang pemain sub). Xsil cuba mencari gol penyamaan dgn hantaran serta pengawalan bola yang mantap. Satu serangan pihak lawan telah mencemaskan XSIL namun akibat ketangkasan FAUZI telah menampan rembatan kencang tersebut dan mengakinatkan bola masuk ke kem tentera di sebelah padang.

Perlawanan terhenti seketika akibat sikap anggota terbabit yang menunjukkan sikap lagak egonya untuk tidak memberi bola kembali untuk meneruskan permainan. Namun akibat sikap sabar pemain dan rayuan tanpa henti, akhirnya bola dikembalikan jua.

Beberpa minit lagi untuk permainan tamat, aku telah menggantikan kembali member amed yang agak keletihan. Akibat kemasukan ku yang mendadak, telah mengakibatkan amed dapat menjaringkan gol ke 4 XSIL. Hebat sungguh aura itu :p. hari makin gelap dan Pengadil meniupkan wisel penamat dan keputusan terkini : 4:4.

Tahniah kepada XSIL walaupun ramai player tak datang, tapi berjaya score 4. (mungkin dgn persediaan cukup, pasti Xsil dapat membelasah team TELEKOM ini)




Helmi (LB) keletihan agaknya



Fauzi Mukhtar @ Cidik (cinop punya adik) sebagai pemain import saat akhir dari kawasan parlimen subang




Ijon dan Amed yang menjadi tulang belakang dan tulang pelvis pasukan XSIL



Dari Kiri : Faizal, Aku , Jawad & Ijon



Aku melihat SMS serta cuba menelefon bini kerana takut "disumpah" kalau tidak menelefon slps tamat game :p


Pager berposing dgn tema seluar hawaii beliau. Beliau merupakan cameraman tunggal sewaktu itu . Nama pun PAGER!
(
segala gambar dicilok dari beliau dgn keizinan)

Wednesday, October 15, 2008

Aku Ada Impian....

Aku Ada impian.... impianku bukan impian kosong....  akan ku cuba laksanakan..... mana yang dah terlaksana .ALhamdullilah. Yang mana belum, kene usahakan nih.... Amin.



Impian 1 : Aku nak kawin.
Dah kawin dah



Impian 2 : Nak bahagia hingga akhir hayat
Tercapai. walau belum akhir hayat



Impian 3 : Nak ada anak
Dah tercapai, Nur Awliya Batrisyia & Bakal lahir Muhammad Hadif Zaquan


Impian 4 : Nak Beli PDA @ Handphone
PDA dah tercapai tapi dah rosak, tak sampai setahun! (Huduh punya DOPOD). Kini aku nak E71 untuk senangkan jadual harian aku



Impian 5: Nak beli wish @ MPV
Belum tercapai, kasi settle kereta lama dulu lagi setahun. Amin

Impian lain akan disambung.. byk lagi rasanya aku nak cuba usahakan.... nanti ada masa aku update. ADIOS!


Monday, October 13, 2008

Satu Hari Di Pagi Raya...

Dush.. Raya ke 14 baru nak posting... hampeh... sedikit kronologi tatabudaya susila keluarga kecil hamba di hari pertama eidulfitri 2008..

Dipagi raya itu...



Anak gua sedang dikancing butang baju baharunya oleh bini gua yang busuk itu (hheee.. sbb x mandi lg)



Disebabkan anak gua ganas sgt maka dikancingkan kembali butang bajunya... apa nih? sudah masuk 2 kali!



Berposing puas setelah naluri kekancingannya berjaya. SYABAS!



Gambar ini diambil ketika gua sedang sembahyang raya di masjid. Cuba check mana ada kelibat gua! Maka sah mmg gua pergi ke masjid pagi tuh!



Bergambar sakan Selepas pulang dari masjid + makan + selepas upacara tangis menangis. Maaf! Adegan itu tidak boleh di pratonton kerana terlalu puitis kesahyuannya. Tak percaya? tanya bibik gua.. yang tetiba menangis walaupun takder apa2 hubungan dgn family mertua gua.. ANEH!
P/s : Rambut gua agak kucar kacir akibat memaki kopiah terlalu lama di masjid pada pagi itu



Bersiap sedia ke kubur.



Didalam kereta anak gua mengantuk ketika hendak pulang ke Melaka (kampung bapak gua)



Anak gua teruja tahap gaban entah kenapa...

Sekian shj.... arakian kisah akan bersambung kembali.....