Wednesday, November 26, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Siapa Cristiano Ronaldo sila bangun! (please stand up)
Namun, ternyata Alex Ferguson sangat hebat, lebih hebat dari pemain winning eleven serta fifa manager kerana berjaya mencari bakat yang sungguh hebat ini. Ayuh! kita lihat bagaimana penampilan pertama Ronaldo untuk pasukan kesayanganku, Si Syaitan Merah.
(ps: Lihat gaya penulisan bahasa melayu yang sungguh hebat! hahaha)
penampilan pertama semasa melawan Bolton (bukan kg bolton kat melaka tuh!)
5-0 Baby!
C.Ronaldo 100 goals for Man utd....
"Viva ronaldo....viva ronaldo..."
Friday, November 14, 2008
world 1st!!!!
P.s: Bini aku discharge pada 13.11.08..... cuma hp wife aku N81 jer tak disharge sbb hilang kat hospital... takder rezeki... nak wat camner..( aku pelik sbb masa hp hilang aku cool dan tak mengamuk... walaupun hp tuh aku yang beli untuk birthday dia... maybe ader benda baik yangnk jadi kot.... Aminn...)
Wednesday, November 5, 2008
Minda letih...
Abis jer checkup..... dpt call dr rumah, awliya demam panas plak.... then kitorang balik dlm ptg mcm tuh utk check awliya... kesian.. panas sgt badan. so we rush to our panel clinic kat selayang. fever dia 39.1 celcius... tinggi... if tak monitor boleh kena sawan tarik.. BAHAYA! so, doc masuk ubat buntut utk kebahkan awliya....
then, malam masa aku terbanun kul 11.00 pm, awliya menagis sbb x selesa nak tidur... dia asyik menggigil.... aku ngan wife tepuk la... kasi dia panas.... then kesian plak tgk.... so me & wife bg dia mkn ubat.... tp mcm sebelum nih.. lps makan ubat.. muntah abis..... byk giler...kesian.... so aku pun terus rush Ampang putri.... check doc.. temp dah 39.5... tinggi lagi! damn.. aku kesian tgk anak aku... aku suruh doc admit kan ajer.. sbb biar dia baik cepat.... yerla.. next week nak melayan wife aku plak untuk baby kedua.... pastu jumaat ngan sabtu nih ader exam lagi.... sesak kepala otak...
but takpa.. slowly la..... harapan aku agar awliya dan mama nanti cepat baik dan selamat melahirkan hadif.
so peeps, later after my wife bersalin will inform via sms... before that.. no more update utk blog nih.... harap2 sempat.. next update akan aku selitkan gambar hadif zaquan..
Assalamualaikum.
Sunday, November 2, 2008
Pesta Bola Merdeka 2008
Friday, October 31, 2008
The Evolution..
2 Bln pertama slps kehadiran Awliya
Nih gambar sekitar awliya berumur 5-6 bln. Awliya meniarap lambat, tp masa nih dah start bercakap pelat!
masa umur awliya 6-7 bln. Mula2 takut nak swimming, tp bila dah
syok, siap.... susah nak bawak naik!
8 bln ke 1 thn. Awliya masa nih byk belajar benda baru. cthnya balik dr lawat zoo, dah pandai tiru mcm2 bunyi dan paling best, di dia tau binatang apa yang bunyi mcm tuh. Kita sbgai parent jgn kedekut belanja utk anak. terutama nk bwk jalan2 sbb masa nih otak tgk ligat!
Yes! awliya lambat berjalan. umur 1th 2 bn baru nak jalan. itupun takut2. tp 2 minggu lps tuh, terus nak lari... mmg hebat! aku rasa dier mmg dah boleh jalan tp dia nak betul2 stable br dier buat.
Kini, awliya.... pandai make up! pastu kalau aku tanya.. "sayang... gambar apa nih?" sambil tunjuk gambar dier berbaju pink kat atas tuh.. dier akan jawab "gambar gedik!" haaa.. tau pun....
Rambut pun dah panjang... nih rambut yang dibela dr cukur masa umur 2 bln sampai sekarang. mmg lambat sgt tumbuh... Gigi pun dah penuh... gambar diatas diambil bila ckp..'sayang.. tunjuk gigi!" haha.. kelakar!
Thursday, October 30, 2008
Santai.... Layannn.
TWO NUNS
There were two nuns… One of them was known as Sister Mathematical (SM), and the other one was known as Sister Logical (SL).
It is getting dark and they are still far away from the convent.
SM: Have you noticed that a man has been following us for the past thirty-eight and a half minutes? I wonder what he wants.
SL: It’s logical. He wants to rape us.
SM: Oh, no! At this rate he will reach us in 15 minutes at the most! What can we do?
SL: The only logical thing to do of course is to walk faster.
SM: It’s not working.
SL: Of course it’s not working. The man did the only logical thing. He started to walk faster, too.
SM: So, what shall we do? At this rate he will reach us in one minute.
SL: The only logical thing we can do is split. You go that way and I’ll go this way. He cannot follow us both.
So the man decided to follow Sister Logical.
SM: arrives at the convent and is worried about what has happened to Sister Logical.
Then Sister Logical arrives.
SM: Sister Logical ! Thank God you are here! Tell me what happened!
SL: The only logical thing happened. The man couldn’t follow us both,so he followed me
SM: Yes, yes! But what happened then?
SL: The only logical thing happened. I started to run as fast as I could and he started to run as fast as he could.
SM: And?
SL: The only logical thing happened. He reached me
SM: Oh, dear! What did you do?
SL: The only logical thing to do. I lifted my dress up.
SM : Oh, Sister! What did the man do?
SL: The only logical thing to do. He pulled down his pants.
SL: Isn’t it logical, Sister?
pwuihhh!!
Wednesday, October 29, 2008
Maestro Genius!
Selepas KWSP ! Tabung Haji akan dipaksa Melabur di Pasaran Saham?
Kita telah mendengar sebelum ini bagaimana Kerajaan menggunakan wang KWSP untuk dileburkan di Bursa Saham, kini desas desus bertiup kencang Tabung Haji akan sekali lagi menjadi Mangsa kerakusan pemimpin BN. Tabung Haji Mempunyai rekod membeli saham saham bukan syariah dan berkaitan judi dan akhirnya terpaksa dijual dalam keadaan rugi.
Tabung haji juga pernah dipaksa membeli kawasan sawit yang luas meliputi kawasan wilayah Indonesian dan pada asalnya rugi, tetapi di senarai awamkan apabila pelaburan tersebut mengalami keuntungan berganda selepas kenaikan harga komiditi sawit tersebut, dan ia disenarai awam atas nama TH Plantation yang membuatkan pendeposit tabung Haji hilang hak dan keuntungan sebenar dari kenaikan harga komiditi.
Selain itu Tabung Haji juga terlibat dengan pelaburan matawang asing(Forex) yang menyebabkan kerugian RM 200juta duit pendeposit, dan yang terkini Tabung haji membeli ekuiti Silverbird yang mempunyai kepentingan terhadap pembuat roti kontroversi HIGH 5 dengan pembelian RM 300juta. Sedangkan dengan nilai RM 300juta banyak pengusaha roti Islam dan pengusaha makanan orang Islam boleh dibantu tetapi Tabung Haji dipaksa melaburkan wang ummat Islam bagi menyelamatkan tauke tauke Cina.
Kalau Syarikat Ummat Islam dengan hasil suci duit Ummat Islam boleh digunakan untuk membeli dan membantu syarikat Bukan Islam dan digunakan untuk pelaburan Forex yang diharamkan, apakah Kerajaan Umno Hadhari ini bertanggungjawab?
Ini Berita Terbaru bagaimana sudah ada suara mahu pertubuhan dan Majlis Islam membeli saham saham Syariah yang dibawah nilai, tidak dinafikan pelaburan pada ketika dibawah nilai adalah satu pelaburan yang baik, tetapi apakah orang Islam didalam pertubuhan ini tahu selok belok pelaburan?
Tidakkah nanti dana ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk dilaburkan seperti wang KWSP kepada ValueCap? ketika itu mereka hanya membeli saham saham untuk kepentingan Syarikat dan portfolio pelaburan mereka, akhirnya duit ummat Islam yang dihanguskan.adalah lebih baik Tabung Haji atau mana mana institusi Islam memikirkan bagaimana mereka boleh menyediakan Kompleks Perniagaan seperi yang dibuat PKNK(Perbandanan Kerajaan Negeri Kelantan) yang mendirikan tempat perniagaan usahawan melayu ditengah Ibu Kota dengan nama KB MALL yang telah mendapat pengiktirafan pasaraya terbaik yang jualannya mengatasi KLCC?
Tidakkan ini satu contoh yang baik bagi perbadanan Ekonomi di Negeri negeri Pakatan memikirkannya? jangan ada pemimpin negeri Pakatan masih terikat dengan cara pemimpin Umno untuk menguruskan anak Syarikat mereka, malah adalah lebih baik tabung haji dan badan badan ekonomi Islam yang lain juga memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan soal “Pinjaman Along”?
Pernahkah kita dengar nama Mohd Yunus dari Bangadesh yang memiliki Bank Grameen yang menyediakan pinjaman Mikro sehinggakan anda mampu membeli 2 ekor kambing dengan meminjam di Bank. Model perbankkan Yunus inilah telah membuatkan dia dianugerahkan hadiah Nobel. tetapi ramai dikalangan pemimpin Pakatan tidak mengambil sikap ” Merakyatkan Ekonomi” tetapi masih memilih kaedah pelaburan bercitarasa tinggi ala UMNO.
Ok kita akan sambung cerita merakyatkan ekonomi dilain masa, dan ini adalah petikan dari Utusan bagaimana mereka menyaran dana Ummat Islam dilaburkan dipasaran saham.
diambil dari perakexpress.comUlasan Saifrooney:
post ini ada kaitan dgn post sebelumnya. kepada yang pandai menilai, duit itu menjadikan manusia tak nampak mana halal atau haram. Saifrooney bukannya hendak berlagak baik tetapi, adakalanya, otak pemimpin yang kita nih sudah terlebih pandai. Jika di USA, atau Thailand contohnya, pemerintah takutkan kuasa rakyat tapi di Malaysia, rakyat yang takut. kenapa? walaupun yang memilih si pemimpin nih adalah rakyat masa pilihanraya.....
Lagi satu, saifrooney ader satu idea bernas untuk dikemukakan pada pemimpin yang prihatin, Jika hendak meringankan beban rakyat, salah satu cara yang ada pada waktu kini, kerajaan hendaklah membeli saham2 syarikat konsesi lebuhraya mcm PLUS, LDP, KESAS dan sbagainya kerana pada masa indeks BSKL yang jatuh kini, nilai saham syarikat ini adalah rendah (undervalue). kerajaan tak perlu beli 100% pegangan, cukup sekadar 70%. ini dah menjadikan ia dimiliki kerajaan. Kerajaan pada waktu itu boleh menurunkan kadar tol yang munasabah, (supaya dapat menanggung duit pembelian saham oleh kerajaan dlm jangka panjang, maintainance, gaji pekerja, cashflow company serta ader keuntungan sedikit utk kerajaan supaya boleh roll duit untuk top up mana2 sektor didalam kerajaan yang pincang. Harus diingat, usaha kerajaan yang dibuat ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat ttg kadar keprihatinan kerajaan pada rakyat. Ia juga dapat menjalinkan "domino effect" pada ekonomi negara secara amnya. Cth; bila tol murah, (kalau minyak pun murah gak), boleh jimatkan kos operasi pembekal @ pengilang.Harga jualan rendah (tuh belum masuk insentif diberi kerajaan). Aku rasa kos pembelian ini x sampai 5 billion. itupun kalau kerajaan sekarang mau dengar lah masalah rakyat. tapi aku tgk.. jgn harapla... aku yang takder aper2 nih bg cadangan. DSAI pernah cadangkan pasal harga minyak masa debat tuh pun kerajaan tak ambil pot. inikan aku..... entahlah...
Apa sudah jadi? KANTOI???
Sedangkan RM5b untuk disalurkan kepada Valuecap Sdn Bhd..mampu pula!
Kenapa jumlah lebih besar untuk Valuecap Sdn Bhd boleh dilakukan..kerana disitu ada kepentingan kroni-kroni. Jika syarikat-syarikat berkenaan tidak diselamatkan maka kroni mereka akan mati.
Biar para pilot dan staf TUDM 'mati'...asalkan kroni periuk nasi mereka tak mati.
Dengan itu menunjukan satu lagi kepintaran kerajaan BN dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara ini.
Peruntukan tak cukup kerana semasa 'ada' mereka enjoy sakan. Belanja ikut suka hati tanpa ada perasaan tanggong jawab. Sepatutnya semasa ekonomi kukuh pembelian eurocopter itu disegerakan, disebaliknya mereka telah melakukan 'wrong priority'.
Berikut adalah contoh-contoh perbelanjaan 'wrong priority' yang dilakukan oleh kerajaan BN:
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00 -
[Rujuk]
diambil dari SUKJ BLOGSPOT
Ulasan SaifRooney :
Ini dinamakan perlaksanaan ekonomi secara membuta tuli. Setelah kerajaan kantoi dgn skandal eurocopter yang telah dihebohkan dilaman web semenjak 3 minggu yang lalu dan juga di parlimen telah diminta oleh YB Pas utk dibahaskan. Maka untuk menutup malu, Paklah terpaksa tangguhkan pembelian ini atas alasan, ekonomi tidak mengizinkan. Anehnya, sebagai contoh USA, didalam usaha menyelamatkan ekonomi USA yang tgh karam, kerajaan BUSH telah membawa usul ke PARLIMEN untuk diluluskan 700 BILLION BAILOUT. (BACA BETUL2, DIBAWA KE PARLIMEN). Najib pula ambil duit KWSP 5 BILLION untuk dilaburkan di valuecap (SAPER ORG SEBALIK VALUECAP? CARI SENDIRI) tanpa bawa ke parlimen, pastu labur di BSKL dgn alasan untk rangsang ekonomi. semenjak 1 minggu nih, indeks BSKL jatuh, jadi apa benda rangsangan tuh? duit KWSP dahla duit aku gak dalam tuh...angin! Peliknya, Penyelewengan ini telah dibuat repot polis dgn banyak sekali tetapi tidak satu tindakan yang dibuat. malahan tv3 pun tidak melaporkankannya. Sebaliknya jika ada masalah atau perihal berkenaan PR, sepantas kilat ada aja tindakan. Saifrooney bukannya bencikan kerajaan tp ada masanya kita mesti mementingkan kepentingan rakyat semua tanpa mengira apa jua fahaman politik, kerana yang menyumbang kepada negara adalah rakyat. Bagi saifrooney, jika PR betul2 salah... hukum.. dan jika BN buat salah itu pun kena hukum. Baru adil! Napaknya Malaysia kena ikut peraturan mcm USA, Presiden @ PM x boleh lebih 2 penggal.
Monday, October 27, 2008
Lelong...lelong.....
Salam.... nih ada announcement... sape2 yg nak beli sweetc cherry stroler, ini lelong... dibeli pada tahun lepas, pertengahan 2007. so ader la 1 tahun++ tapi tak sampai 1 thn 1/2. aku beli di parkson Selayang dgn harga rm 288. Maka, oleh sebab aku dah ader stroller baru, maka hendak dijual kerana tidak dipakai... last pakai pun 6 bln yang lps... sblm beli stroller baru. Maka, ianya hendak dilelong RM 120. ambil sendiri. kalau nak dihantar pun sekitar subang jaya shj. .
Tuesday, October 21, 2008
Layan...
Kalau dulu waktu remaja aku suka layan boyband (saper yang tak dgr? tipulaa...) @ pop band,
dewasa sket early 18 layan rock ngan hip hop then bila dah kawin nih aku suka plak layan
lagu2 yang slow + Ballad dan penuh puitis mcm Imran Ajmain (Hanya Menari), Glen Fredly, Anuar Zain dan baru2 ni Rossa.
Monday, October 20, 2008
Gambar XSIL & SMTBP
XSIL XTVT 19 OKT 2008
Di padang Telekom Malaysia Jln Semarak (sebelah kem tentera)
Bintang - bintang pasukan sedang mempersiapkan diri menghadapi pasukan lawan (Dr Kiri : Faizal (Cibang@cinop punya abg), Aku , En. Lob)
Lob sedang memeriksa kualiti bola yang akan digunakan samaada ianya setaraf dgn piawaian FIFA atau tidak. Menurut Lob, bola ini amat mantap kualiti pembuatannya.
Perlawanan dimulakan agak lambat kerana hujan yang turun agak lebat sekitar kuala lumpur pada ptg itu. Tetapi bersyukur jua kerana, apabila Team XSIL Sampai, hujan sudah mula menunjukkan keredaan yang sangat munasabah.
Berikut merupakan formasi pasukan Xsil:
Pager (RB) Ijon (CB) AT (CB) Helmi(LB)
Fauzi Mukhtar (RW) Aku (DMF) Jawad (AMF) Member Amed (LW)
Amed (CF) Faizal Mukhtar (SS)
15 minit selepas sampai, perlawanan dimulakan.
Pengadil meniupkan wisel menandakan permulaan permainan. Sepakan mula diambil pemain lawan dan hanya 2 sentuhan mereka terus merembat jarak jauh dari tgh padang. Akibat daripada tahan kelicinan padang yang begitu ketara, Bola melantun dan terus kepada Penjaga gol XSIL, Lob yang agak terkejut lalu cuba menangkap bola yang ditendang namun sayang, bola terlepas lalu menerjah ke dalam gawang. GOOOLLLL! XSIL 0 -1 TELEKOM. (takpa dimaafkan sbb lob x memakai glove dan penjaga gol lawan pula memakainya)
Para pemain Xsil kelihatan termanggu akibat daripada counter attack yang amat pantas itu. Namun Xsil tidak menunjukkan sikap putus asa dan meneruskan jua perlawanan itu walaupun, ada pemain2 yang merungut mengatakan perut mereka agak berat akibat daripada kekerapan menghadiri open house disiang hari.
Sepakan bermula semula, dan satu attack yang pantas dilakukan dari sebelah kiri oleh winger mereka dan terus cross ketengah, GOOOOLLL! satu lagi goal drpd pasukan lawan. Pemain XSIL agak kaget kerana bagaikan tidak percaya. Nah! gol kedua itu merupakan pemangkin semangat pasukan Xsil untuk kembali menyerang.
Sepak mula diambil semula, dikatakan pengawalan bola adalah 50 - 50 ketika itu. Dalam masa itu juga serangan yang dibuat oleh Xsil semakin lama semakin hebat untuk mencari gol pertama. Gol pertama hadir apabila cubaan yang dibuat oleh Amed, ditampan oleh penjaga gol dan mengakibatkan sepakan penjuru. sepakan diambil amed, namun pertahan mereka agak utuh, namun bola "clearance" mereka jatuh ke kaki aku (ambil fame sket) dan cuba mengelecek 2 pemain lwn di hadapan gol namun, pertahanan mereka pantas dan mengeluarkan bola. Sepakan sudut diambil sekali lagi oleh amed, dan terus ke dahi Faizal. GOOOOLLLLL! XSIL 1 - 2 TELEKOM.
Selepas gol pertama Xsil begitu gah sekali menyerang untuk mencari gol penyamaan, akhirnya muncul jua. satu rembatan kencang diambil amed setelah mendapat lorongan bola yang canting dari Jawad. GOOOOLLLL!! pasukan lawan terkejut tahap gaban dengan kebangkitan mendadak XSIL. mereka juga melancarkan asakan bertali arus namun dapat dipatahkan oleh Pertahanan XSIL yang mantap terutama AT dan IJON. disebalik serangan mereka, XSIL patut berterima kasih kepada LOB yang telah melakukan satu cubaan akrobatik merebahkan badannya untuk menyelamatkan bola rembatan deras pasukan lawan. walaupun pendek, lompatan LOB boleh disamakan dgn lompatan Michael Jordan melakukan "dunk".
Sblm separuh pertama tamat, pihak lawan dan Xsil telah menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 3:3 (gol dijaringkan oleh AMED).
Separuh masa kedua bermula slps pasukan Xsil melakukan "ice breaking" semasa waktu rehat bagi memantapkan skuad. Aku yang mengalami hamstring memberi laluan pada member amed untuk bermain. Lob pula berehat sementara posisi GK diganti oleh Fauzi Mukhtar dan RW diambil alih oleh member amed yang satu lagi.
Perlawan separuh masa kedua berlaku dengan hebat sekali. sesekali berlaku selisih faham antara Xsil dan pasukan lawan. Namun itu semua adalah norma permainan. pasukan lawan memperolehi gol ke 4 mereka beberapa minit selepas sepak mula. (mungkin akibat mereka mempunyai dalam 10 orang pemain sub). Xsil cuba mencari gol penyamaan dgn hantaran serta pengawalan bola yang mantap. Satu serangan pihak lawan telah mencemaskan XSIL namun akibat ketangkasan FAUZI telah menampan rembatan kencang tersebut dan mengakinatkan bola masuk ke kem tentera di sebelah padang.
Perlawanan terhenti seketika akibat sikap anggota terbabit yang menunjukkan sikap lagak egonya untuk tidak memberi bola kembali untuk meneruskan permainan. Namun akibat sikap sabar pemain dan rayuan tanpa henti, akhirnya bola dikembalikan jua.
Beberpa minit lagi untuk permainan tamat, aku telah menggantikan kembali member amed yang agak keletihan. Akibat kemasukan ku yang mendadak, telah mengakibatkan amed dapat menjaringkan gol ke 4 XSIL. Hebat sungguh aura itu :p. hari makin gelap dan Pengadil meniupkan wisel penamat dan keputusan terkini : 4:4.
Tahniah kepada XSIL walaupun ramai player tak datang, tapi berjaya score 4. (mungkin dgn persediaan cukup, pasti Xsil dapat membelasah team TELEKOM ini)
Fauzi Mukhtar @ Cidik (cinop punya adik) sebagai pemain import saat akhir dari kawasan parlimen subang