Wednesday, October 29, 2008

Selepas KWSP ! Tabung Haji akan dipaksa Melabur di Pasaran Saham?

Kita telah mendengar sebelum ini bagaimana Kerajaan menggunakan wang KWSP untuk dileburkan di Bursa Saham, kini desas desus bertiup kencang Tabung Haji akan sekali lagi menjadi Mangsa kerakusan pemimpin BN. Tabung Haji Mempunyai rekod membeli saham saham bukan syariah dan berkaitan judi dan akhirnya terpaksa dijual dalam keadaan rugi.

Tabung haji juga pernah dipaksa membeli kawasan sawit yang luas meliputi kawasan wilayah Indonesian dan pada asalnya rugi, tetapi di senarai awamkan apabila pelaburan tersebut mengalami keuntungan berganda selepas kenaikan harga komiditi sawit tersebut, dan ia disenarai awam atas nama TH Plantation yang membuatkan pendeposit tabung Haji hilang hak dan keuntungan sebenar dari kenaikan harga komiditi.

Selain itu Tabung Haji juga terlibat dengan pelaburan matawang asing(Forex) yang menyebabkan kerugian RM 200juta duit pendeposit, dan yang terkini Tabung haji membeli ekuiti Silverbird yang mempunyai kepentingan terhadap pembuat roti kontroversi HIGH 5 dengan pembelian RM 300juta. Sedangkan dengan nilai RM 300juta banyak pengusaha roti Islam dan pengusaha makanan orang Islam boleh dibantu tetapi Tabung Haji dipaksa melaburkan wang ummat Islam bagi menyelamatkan tauke tauke Cina.

Kalau Syarikat Ummat Islam dengan hasil suci duit Ummat Islam boleh digunakan untuk membeli dan membantu syarikat Bukan Islam dan digunakan untuk pelaburan Forex yang diharamkan, apakah Kerajaan Umno Hadhari ini bertanggungjawab?

Ini Berita Terbaru bagaimana sudah ada suara mahu pertubuhan dan Majlis Islam membeli saham saham Syariah yang dibawah nilai, tidak dinafikan pelaburan pada ketika dibawah nilai adalah satu pelaburan yang baik, tetapi apakah orang Islam didalam pertubuhan ini tahu selok belok pelaburan?

Tidakkah nanti dana ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk dilaburkan seperti wang KWSP kepada ValueCap? ketika itu mereka hanya membeli saham saham untuk kepentingan Syarikat dan portfolio pelaburan mereka, akhirnya duit ummat Islam yang dihanguskan.adalah lebih baik Tabung Haji atau mana mana institusi Islam memikirkan bagaimana mereka boleh menyediakan Kompleks Perniagaan seperi yang dibuat PKNK(Perbandanan Kerajaan Negeri Kelantan) yang mendirikan tempat perniagaan usahawan melayu ditengah Ibu Kota dengan nama KB MALL yang telah mendapat pengiktirafan pasaraya terbaik yang jualannya mengatasi KLCC?

Tidakkan ini satu contoh yang baik bagi perbadanan Ekonomi di Negeri negeri Pakatan memikirkannya? jangan ada pemimpin negeri Pakatan masih terikat dengan cara pemimpin Umno untuk menguruskan anak Syarikat mereka, malah adalah lebih baik tabung haji dan badan badan ekonomi Islam yang lain juga memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan soal “Pinjaman Along”?

Pernahkah kita dengar nama Mohd Yunus dari Bangadesh yang memiliki Bank Grameen yang menyediakan pinjaman Mikro sehinggakan anda mampu membeli 2 ekor kambing dengan meminjam di Bank. Model perbankkan Yunus inilah telah membuatkan dia dianugerahkan hadiah Nobel. tetapi ramai dikalangan pemimpin Pakatan tidak mengambil sikap ” Merakyatkan Ekonomi” tetapi masih memilih kaedah pelaburan bercitarasa tinggi ala UMNO.

Ok kita akan sambung cerita merakyatkan ekonomi dilain masa, dan ini adalah petikan dari Utusan bagaimana mereka menyaran dana Ummat Islam dilaburkan dipasaran saham.

diambil dari perakexpress.com

Ulasan Saifrooney:
post ini ada kaitan dgn post sebelumnya. kepada yang pandai menilai, duit itu menjadikan manusia tak nampak mana halal atau haram. Saifrooney bukannya hendak berlagak baik tetapi, adakalanya, otak pemimpin yang kita nih sudah terlebih pandai. Jika di USA, atau Thailand contohnya, pemerintah takutkan kuasa rakyat tapi di Malaysia, rakyat yang takut. kenapa? walaupun yang memilih si pemimpin nih adalah rakyat masa pilihanraya.....
Lagi satu, saifrooney ader satu idea bernas untuk dikemukakan pada pemimpin yang prihatin, Jika hendak meringankan beban rakyat, salah satu cara yang ada pada waktu kini, kerajaan hendaklah membeli saham2 syarikat konsesi lebuhraya mcm PLUS, LDP, KESAS dan sbagainya kerana pada masa indeks BSKL yang jatuh kini, nilai saham syarikat ini adalah rendah (undervalue). kerajaan tak perlu beli 100% pegangan, cukup sekadar 70%. ini dah menjadikan ia dimiliki kerajaan. Kerajaan pada waktu itu boleh menurunkan kadar tol yang munasabah, (supaya dapat menanggung duit pembelian saham oleh kerajaan dlm jangka panjang, maintainance, gaji pekerja, cashflow company serta ader keuntungan sedikit utk kerajaan supaya boleh roll duit untuk top up mana2 sektor didalam kerajaan yang pincang. Harus diingat, usaha kerajaan yang dibuat ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat ttg kadar keprihatinan kerajaan pada rakyat. Ia juga dapat menjalinkan "domino effect" pada ekonomi negara secara amnya. Cth; bila tol murah, (kalau minyak pun murah gak), boleh jimatkan kos operasi pembekal @ pengilang.Harga jualan rendah (tuh belum masuk insentif diberi kerajaan). Aku rasa kos pembelian ini x sampai 5 billion. itupun kalau kerajaan sekarang mau dengar lah masalah rakyat. tapi aku tgk.. jgn harapla... aku yang takder aper2 nih bg cadangan. DSAI pernah cadangkan pasal harga minyak masa debat tuh pun kerajaan tak ambil pot. inikan aku..... entahlah...

No comments: