Wednesday, October 29, 2008

Apa sudah jadi? KANTOI???

Kosnya cuma RM1.67b sahaja. Tetapi kenapa kerajaan BN tak mampu?

Sedangkan RM5b untuk disalurkan kepada Valuecap Sdn Bhd..mampu pula!

Kenapa jumlah lebih besar untuk Valuecap Sdn Bhd boleh dilakukan..kerana disitu ada kepentingan kroni-kroni. Jika syarikat-syarikat berkenaan tidak diselamatkan maka kroni mereka akan mati.

Biar para pilot dan staf TUDM 'mati'...asalkan kroni periuk nasi mereka tak mati.

Dengan itu menunjukan satu lagi kepintaran kerajaan BN dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara ini.

Peruntukan tak cukup kerana semasa 'ada' mereka enjoy sakan. Belanja ikut suka hati tanpa ada perasaan tanggong jawab. Sepatutnya semasa ekonomi kukuh pembelian eurocopter itu disegerakan, disebaliknya mereka telah melakukan 'wrong priority'.

Berikut adalah contoh-contoh perbelanjaan 'wrong priority' yang dilakukan oleh kerajaan BN:

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00 -

[Rujuk]

diambil dari SUKJ BLOGSPOT

Ulasan SaifRooney :
Ini dinamakan perlaksanaan ekonomi secara membuta tuli. Setelah kerajaan kantoi dgn skandal eurocopter yang telah dihebohkan dilaman web semenjak 3 minggu yang lalu dan juga di parlimen telah diminta oleh YB Pas utk dibahaskan. Maka untuk menutup malu, Paklah terpaksa tangguhkan pembelian ini atas alasan, ekonomi tidak mengizinkan. Anehnya, sebagai contoh USA, didalam usaha menyelamatkan ekonomi USA yang tgh karam, kerajaan BUSH telah membawa usul ke PARLIMEN untuk diluluskan 700 BILLION BAILOUT. (BACA BETUL2, DIBAWA KE PARLIMEN). Najib pula ambil duit KWSP 5 BILLION untuk dilaburkan di valuecap (SAPER ORG SEBALIK VALUECAP? CARI SENDIRI) tanpa bawa ke parlimen, pastu labur di BSKL dgn alasan untk rangsang ekonomi. semenjak 1 minggu nih, indeks BSKL jatuh, jadi apa benda rangsangan tuh? duit KWSP dahla duit aku gak dalam tuh...angin! Peliknya, Penyelewengan ini telah dibuat repot polis dgn banyak sekali tetapi tidak satu tindakan yang dibuat. malahan tv3 pun tidak melaporkankannya. Sebaliknya jika ada masalah atau perihal berkenaan PR, sepantas kilat ada aja tindakan. Saifrooney bukannya bencikan kerajaan tp ada masanya kita mesti mementingkan kepentingan rakyat semua tanpa mengira apa jua fahaman politik, kerana yang menyumbang kepada negara adalah rakyat. Bagi saifrooney, jika PR betul2 salah... hukum.. dan jika BN buat salah itu pun kena hukum. Baru adil! Napaknya Malaysia kena ikut peraturan mcm USA, Presiden @ PM x boleh lebih 2 penggal.

No comments: