Sunday, September 28, 2008

Awliya & Hadif


Awliya dah besar sekarang dah nak masuk 1 tahun 7 bulan. Hadif Zaquan plak dlam peruk nak masuk 8 bulan. Buat Awliya, papa sayang awliya teramat sangat, segala duit papa sanggup habiskan untuk sayang. papa harap dah besar jadi orang yang berguna dan jangan lupa jasa mama dan papa.

Untuk Hadif, papa tak sabar nak tunggu... papa mmg teringin anak lelaki, tapi kasih sayang papa takkan lebihkan.. semua sama. semua akan dapat sama rata. papa taknak pilih kasih. Hadif, papa tunggu nanti keluar, kita gurau2. Papa minta maaf, tak dapat layan hadif dalam perut Mama sbb Kakak awliya lasak sgt. Takper nanti Bila Hadif lahir, kita gurau sama - sama.


Untuk anak sulung Papa, Awliya, sayangi adikmu. jangan gaduh -gaduh. berkongsi baik - baik.
Untuk anak2 papa. Papa sayang semua.

Satira Untuk Renungan 2

Sensasi: Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !!

Ramai pihak kini panik dan tertanya-tanya, apakah punca sebenar Pengendali laman web Malaysiatoday ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sedangkan kes yang beliau hadapai itu, jika dibawa ke mahmakah pun kerajaan belum tentu menang. Tuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk tulisan pada "komen artikel" adalah amat tidak wajar sama sekali. Semua orang tahu bahawa "komen artikel" boleh ditulis oleh sesiapa pun dengan menggunakan nama samaran. Mungkinkah beliau diperangkap oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha menyelamatkan kepentingan politik peribadi masing-masing?. Inilah yang sedang dinilai oleh rakyat.

Jika sekadar bersandarkan kepada hina agama dan Nabi, lebih banyak kes yang sepatutnya ditahan ISA sebelum ini. Bukankah kita pernah digempar dengan individu yang mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan sebagainya. Mengapa pulak "Ayah Pin" tidak ditangkap dan ditahan ISA? Umum mengetahui bahawa kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Begitu juga dengan laporan bekas Ustazah yang murtad iaitu
Kamariah Ali, 54, yang berkelulusan pengajian agama dari Asia Barat. Beliau merupakan anak buah ayah Pin yang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan tersebut. Ini belum lagi kes yang melibatkan artis Rosnah Mat Aris yang dihebohkan dimedia baru-baru ini. Bahkan apa yang dilakukan oleh Rosnah itu jelas sekali "menghina" Nabi dan Islam? Mengapa beliau tidak didakwa dan ditahan ISA. Walhal apa yang dilakukan oleh mereka ini lebih jelas dan nyata dan ada faktanya. Bahkan kenyataan Rosnah pula disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ribuan penonton. Begitu juga dengan Ayah Pin, perbuatan beliau jelas "menghina Islam" dan telah menarik ramai pengikut untuk mendalami ajaran sesatnya itu. Tetapi mengapakah mereka semua terlepas dari hukuman dibawah akta ISA?. Apa bezanya Raja Petra dengan mereka-mereka itu? Inilah yang dikatakan undang-undang "double standard" yang diamalkan oleh kerajaan kita.

Bila disiasat semula kes ini, sedarlah kita bahawa Raja Petra ditahan atas "satu sebab lain" sebenarnya. Ini kerana sebelum ini beliau pernah berkata akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak. Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang. Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis. Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis. Oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis. Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu. Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan :-
  • Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (Pakar Letupan C4 orang yang bertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
  • PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
  • Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.
Memandangkan keputusan kes tersebut akan diumumkan sekitar penghujung bulan Oktober ini, maka peluang untuk Raja Petra mengeluarkan lebih banyak bahan bukti akuan berkanunnya "terhalang". Dengan itu, proses keadilan akan gagal ditegakkan bila perkara sebenarnya disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mungkin atas alasan inilah agaknya, Raja Petra akhirnya ditahan atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal kes yang sama melibatkan orang lain dibiarkan bahkan hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah sahaja. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi gambaran tentang betapa lemahnya sistem undang-undang di negara kita. Bila individu itu dikatakan boleh mengancam negara hanya kerana mereka memegang dan mempunyai bukti kukuh tentang penyelengan dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Kita tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Namun tiada pihak pula yang mengambil tindakan "saman" terhadap Raja Petra selepas akuan berkanunnya itu dilaporkan kepada pihak polis.

[Sebenarnya ini jelas sekali membuktikan kepada kita betapa pincangnya amalan undang-undang di negara kita sebenarnya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Bahkan ISA itu sendiri sepatutnya dihapuskan demi memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Kiranya akta itu terus dipertahankan maka selagi itulah amalan undang-undang negara kita akan ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa]

Credit: CucuMatKilau

Satira Untuk Renungan 1

Panas: Hina Nabi, Bebaskan Raja Petra Dan Bicarakannya Di Mahkamah Terbuka !!

Cuba lihat betul-betul laporan terkini perihal isu "hina Nabi" ini. Penghinaan yang lebih teruk daripada Raja Petra, tetapi mengapa mereka ini masih dibicarakan !! Kenapa orang yang terang-terang mengaku NABI dan menghina agama ISLAM ini tidak ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri? Kenapa Raja Petra ditahan hanya kerana tulisan "komen artikel" yang bukan dibuat oleh beliau, tetapi ditulis oleh pengunjung ke blog beliau. Apakah ini adil? Beliau ditahan di Kemunting di bawah ISA selama dua tahun. Sebaliknya Abdul Kahar Ahmad yang lebih biadap dan hina kerana mengaku Nabi dibicarakan pula dimahkamah terbuka!! Apa dah jadi dengan negara Malaysia ku ini ... Hancur !! Bebaskan Raja Petra dan bicarakannya di mahkamah terbuka !! Sila baca laporan artikel dibawah :-
Pendakwaan terhadap `Rasul Melayu' sah
(Lihat Tajuk Pun Dah Hina)
PUTRAJAYA 26 Sept. - Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan Terengganu sah daripada segi Perlembagaan untuk menuduh seorang lelaki, Abdul Kahar Ahmad, 57, kerana mendakwa dirinya nabi serta tiga lagi yang dikatakan pengikut ajaran sesat.Keputusan bersejarah itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.
Keputusan itu amat penting kerana mereka mencabar beberapa peruntukan dalam enakmen berkenaan yang dihujahkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan membawa kesan bahawa segala pendakwaan yang dibuat terhadap kes-kes ajaran sesat yang berkaitan, dengan sendirinya tidak sah dan terbatal. Penghakiman sebulat suara itu bagaimanapun berpuas hati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh keempat-empat lelaki berkenaan bertentangan dengan hukum syarak dan melanggar ajaran Islam. Selain Abdul Kahar, tiga yang lain ialah Mazli Mansor, 49, dan Mat Razali Kasan, 43, didakwa pengikut ajaran Kahar bin Ahmad (Abdul Kahar) manakala Sulaiman Takrib, 59, didakwa anak murid Ayah Pin. - Utusan Malaysia Online
[Dengan perkembangan terbaru ini, maka terbuktilah kepada kita yang sebenarnya penahanan Raja Petra mempunyai kaitan politik sebenarnya. Bukanlah atas dasar hina Nabi dan Islam seperti yang dicanang-canangkan. Justeru itulah, secepat kilat siasatan dibuat dan sepantas halilintar mereka menghumbankan Raja Petra ke Kem Kemunting. Inilah bukti sebenar ketidak adilan yang berlaku didalam negara demokrasi seperti Malaysia tercinta ini. Fikirkanlah!!]

SaifRooney : Jika dibaca dan diteliti mmg betul apa yang diutarakan oleh penulis ini. tepuk dada tanya selera.....


credit Cucumatkilau

Wednesday, September 17, 2008

Balada Laporan Polis


18 09 2008

Di Malaysia, hanya dengan satu laporan polis, seseorang yang menentang arus boleh ditahan atau “dikerjakan” oleh undang-undang seperti Akta Hasutan.

Akan tetapi, apabila laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan kepada orang-orng yang bersama arus, tidak ada apa-apa tindakan yang akan berlaku. Inilah yang dinamakan dengan undang-undang yang berat sebelah.

Undang-undang yang hanya bertindak kepada musuh-musuh politik Umno dan BN.

Dua bulan selepas keputusan pilihanraya umum, BERSIH dan NIEI pergi ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Klik disini.

Laporan polis dibuat diatas dakwaan berlakunya konspirasi untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum pilihanraya umum ke 12 diantara keempat-empat penama diatas.

Sehingga kini, tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap keempat-empat konspirator tersebut.

Disisi yang lain, dengan hanya satu laporan polis sahaja, Penarik Beca, Sheih Kickdefella, Raja Petra Kamaruddin dan beberapa orang lagi bermalam di lokap.

Lebih parah lagi Raja Petra, terus ditahan dibawah ISA.

Apakah ini yang dinamakan dengan Keadilan?

Kredibiliti Polis semakin hari semakin hancur. Pembunuh Nurin Jazlin masih lagi belum ditemui. Adik Sharlinie masih terus hilang.

Inilah akibatnya kerana membiarkan PDRM diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Pak Lah ingat dia bagus


Ekonomi teruk sejak beberapa ketika ini. Sekarang PM dah letakkan tanggung jawab kewangan kepada timbalannya, Najib Tun Razak. Sebenarnya aku tak nampak beza antara dua orang ni. Lebih kurang jer kualiti otak mereka.

Tapi .... kegagalan negara menambah pelaburan masuk serba sedikit disebabkan kredibiliti Pemimpin Negara. Kalau PM tidak menyakinkan .. .siapa nak labur. Itu formula mudah nak cari punca.

Tapi yang best ... Pak Lah tak salahkan diri sendiri dan menteri menterinya yang sejenis mentaliti mangkuk mereka.

Pak Lah salahkan Anwar .. .kata nya
"Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri. - bernama

ISA brief...


Sana sini orang cakap pasal ISA.. ISA. ISA tuh apa? ISA SAMAD? Bukan.... "Internal Security Act" Nih. brief serba sedikit ttg ISA. nak baca lagi byk klik http://gerakmalaysia.org/web/?p=43

The Internal Security Act 1960 (ISA) is a preventive detention law in force in Malaysia. Any person may be detained by the police for up to 60 days without trial for an act which allegedly prejudices the security of the country or any part thereof. After 60 days, one may be further detained for a period of two years each, to be approved by the Minister of Home Affairs, thus making indefinite detention without trial. In 1989, the powers of the Minister under the legislation was made immune to judicial review by virtue of amendments to the Act. Now, only the courts are ‘allowed’ to examine and review technical matters pertaining to the ISA arrest.

Since 1960 when the Act was enacted, thousands of people including trade unionists, student leaders, labour activists, political activists, religious groups, academicians, NGO activists have been arrested under the ISA. Many political activists in the past have been detained for more than a decade.

The ISA has been consistently used against people who criticise the government and defend human rights. Known as the ‘white terror’, it has been the most feared and despised, yet convenient tool for the state to suppress opposition and open debate. The Act is an instrument maintained by the ruling government to control public life and civil society.

The ISA goes against the right of a person to defend himself in an open and fair trial. The person can be incarcerated up to 60 days of interrogation without access to lawyers.


SECARA RINGKASNYA...

ISA ini dahulunya diguna pakai kepada mereka yang menggugat keselamatan negara contohnya macam komunis, Pengganas dan sewaktu dengannya. Bila seseorang itu telah ditanggkap ke ISA, dia akan dibawa ketempat yang tidak diketahui dimana selama beberapa waktu yang dinyatakan. Namun kebiasannya, Tahanan ISA ini akan dihantar ke kem Kemunting.

Bila seorang didakwa dalam ISA, beliau boleh diatahan selama 60 hari tanpa bicara dan tanpa apa2 hubungan dengan peguam. penangkapan diluluskan sendiri oleh Menteri dalam negeri , Syed Hamid Albar. Undang- undang ini diperkenalkan oleh British sewaktu di tanak melayu dulu. dulu penggunaanya sangat relevan dalam menjaga keamanan negara.

Kini, ISA dilihat sebagi satu undang2 yang digunakan atas tujuan kepentingan satu individu sahaja. TAHUKAH anda, masih ada org2 yang didalam tahanan ISA masih lagi berda didalam walaupun sudah 6 tahun lamanya tanpa sebarang perbicaraan dan bukti yang membabitkannya di bentang dimakhkamah. atau dengan kata lain GANTUNG TAK BERTALI. bagaimana perasaan saudara sekirannya seorang ayah yang ditahan di ISA selama 7 tahun tanpa apa2 tindakan... bagaimana perasaan anaknya? isterinya? bagaimana ingin teruskan hidup.. bagi mereka yang hati batu, sila rujuk sini BLOG ISTERI TAHANAN ISA

Maknanya.. dengan lebih luas skopnya.. orang yang dibicara kerana membunuh itu lagi tinggi nilai kebebasannya berbanding tahanan ISA. at least penjenayah itu dibicarakan dan dibuktikan kesalahan. sekurang2nya, ahli keluarganya faham akan keadaan yang berlaku. tapi bagaimana dengan tahanan ISA? org akan ckp senang tapi bagaimana perasaan mereka?

Contohnya, jika diambil kira kes Raja Petra dan Teresa Kok, jika mmg bersalah, hadapkan kemahkamah dan berikan bukti. orang akan terima keputusan penangkapan itu. Sekurang2nya, pesalah boleh membela diri.

Mungkin sbab itu , menteri Undang2, Zaid Ibrahim meletak jawatannya. sebab sebagai pengamal undang2. beliau tahu akan bagaiman ISA itu sebenarnya. Ini, yang meluluskan tangkapan, Pak Lah dgn Syed Hamid Albar. Apa dia tahu pasal Undang2? Ambik portfolio keewangan sampai lingkup Malaysia.


Pastu pandai salahkan Anwar sbb buat konspirasi. Abis, yang kerja sebagai menteri MITI, dengan menteri luar negara tuh buat apa? Tido? pergi la yakinkan pelabur. Ajak masuk Malaysia. Salahkan Anwar. Itulah jawapan PakLAh. sebagai menteri keewangan, ada dia buat satu usaha pulihkan ekonomi Malaysia? TAKDA.

HAi.. tak paham aku..... dunia.. dunia.... Pandai kata Anwar gila kuasa.... diri sendiri tak tgk....

Man Utd Vs Villareal

Malam Tadi aku tidur depan Tv nak tgk Champion League punya pasal. Bukannya apa, nak tgk Ronaldo debut for this season after recovering from foot injury since Euro 2008.
Pace Ronaldo agak "kureng" sbb dah lama tak main bola.. dahla tuh recovery process tough.
Maybe after 2 week, dia boleh gain to full fitness. Nampak dia mcm slow sket malam tadi. But as usual dia punya instict mmg power bila depan goal. Result malam tadi seri 0-0. Ok cuma finishing out. passing game superb. laju macam haram.Tak sabar tunggu Chelsea this Sunday. Glory Glory Man Utd!

" VIVA RONALDO.... VIVA RONALDO... RUNNING DOWN THE WING.. HEAR UNITED SING... VIVA RONALDO"


Blog tak Update?!

Lama tak update blog. Nak buat mcmmana, laptop aku punya winsock driver buat hal. Apa 2 pun dah mcm2 terjadi dalam 2 minggu kebelakangan ini. Antaranya ;

1) ISA Crazee
2) 916
3) Najib + Pak Lah = Tukar Portfolio
4) SAPP terjun kapal
5) Zaid Ibrahim Letak Jawatan
6) Crude Oil Price jatuh terendah dalam 6 Bulan
7) Nuzul Quran

Tapi yang paling menarik sekali pasal ISA dan 916. Nanti aku akan coretkan sbb skarang sibuk nak exam. kalau ada masa update cepat.. kalau tak lambat sket.

Salam

Familia



Koleksi Gambar Famili




Awliya batrisyia 1001

Lompat? Boleh ker?

Sejarah Lompat Parti

Pertama, Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk pada tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan disokong oleh 3 orang ADUN Parti Negara.

Kedua, Nordin Salleh seorang ADUN PAS di Kelantan telah memenangi salah satu kerusi DUN Kelantan atas tiket PAS pada tahun 1990. Beliau kemudiannya keluar parti dan berpaling tadah ke Barisan Nasional.

Sila rujuk kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor. -V- Nordin Salleh & Anor, 1992.

Ketiga, pada tahun 1994 ADUN Sabah dari PBS telah melompat parti ke Barisan Nasional sekaligus mengubah kedudukan kerusi di negeri tersebut.

Minyak Oh Minyak



Info :
1 barrel (tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (semasa)

Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kita bayar = RM2.55/liter
Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

Kerajaan disubsidi oleh kita = RM0.55 per liter.

Sekarang cakap siapa yang MENGANCAM ekonomi RAKYAT pulak?

NUZUL AL- QURAN

Hari ini, 17 Ramadhan 1429 Hijriah bersamaan 17 September 2008, sekali lagi umat Islam menyambut ulang tahun peristiwa terbesar dalam sejarah Islam iaitu turunnya al-Quran, mukjizat terbesar Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang turut dikenali sebagai Nuzul Quran.

Para ulama berpendapat al-Quran diturunkan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia menerusi tiga peringkat.

Peringkat pertama, al-Quran diturunkan Allah secara keseluruhannya ke suatu tempat dinamakan Lauhil Mahfudz.

Peringkat kedua, al-Quran dibawa keseluruhannya dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu suatu tempat yang terletak di langit dunia. Proses ini berlaku pada malam Lailatul qadar seperti firman-Nya dalam ayat pertama surah al-Qadr: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar.”

Seterusnya, al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad menerusi perantaraan malaikat Jibrail AS secara berperingkat dan turunnya ayat pertama adalah pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610.

Peristiwa penurunan ayat pertama hingga kelima dari surah al-Alaq itu juga menjadi petanda kerasulan Nabi Muhammad ketika Baginda berada di Gua Hira, di bukit Jabal Nur berhampiran Makkah.

Ayat itu adalah: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekian makhluk). Ia mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan penulisan. Ia mengajarkan manusia akan apa yang tidak diketahuinya.”

Ayat al-Quran mengandungi 114 surah diturunkan selama 23 tahun dengan 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan 10 tahun di Madinah (4,780 ayat).

Selepas disampaikan Rasulullah, nas al-Quran dipelihara melalui tiga cara iaitu hafalan sahabat, naskhah yang ditulis untuk nabi serta naskhah yang ditulis untuk simpanan sahabat. Selain itu, Rasulullah turut mengulang ayat al-Quran di hadapan Jibrail setahun sekali dan pada akhir hayat Baginda, Rasulullah khatam al-Quran sebanyak dua kali di hadapan Jibrail.

Bagaimanapun, kebanyakan sahabat yang menghafaz al-Quran syahid dalam peperangan menegakkan agama Allah menyebabkan perlunya al-Quran dikumpul dan dijilidkan.

Sejarah penjilidan al-Quran bermula pada pemerintahan Khalifah Uthman Ibni Affan RA dan setiap nas disusun mengikut tertib ditunjukkan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Uthman menubuhkan jawatankuasa khas untuk membukukan al-Quran diketuai Zaid bin Tsabit selain Abdullah bin Zubair, Sa’id ‘Ash dan Abdur Rahman bin Harits bin Hisyam.

Jawatankuasa itu mengumpul serta menyalin nas al-Quran hingga dibukukan selain memperoleh lembaran nas yang disalin Abu Bakar as-Siddiq daripada puterinya Hafsah. Antara lain, jawatankuasa itu menjejak penghafaz al-Quran untuk mendengar hafalan mereka dan semua hafalan itu ditulis kembali dalam dialek Quraish untuk mengelakkan perbalahan sesama kaum.

Akhirnya, jawatankuasa itu berjaya menyalin serta menjilid 5 al-Quran yang dinamakan al-Mushhaf dan empat daripadanya dikirimkan ke Makkah, Syria, Basrah dan Kufah untuk disalin pihak di sana. Sebuah lagi al-Quran disimpan untuk kegunaan Uthman RA dinamakan Mushhaf al-Imam dan selepas itu, semua lembaran salinan al-Quran yang ditulis sebelum pembukuan dibakar.

Ayat al-Quran turut memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam. Hal ini diakui Allah menerusi firman-Nya: Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama).

Allah sudah menerangkan secara jelas mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui pemikiran manusia walaupun pada masa ayat al-Quran diturunkan, zaman ketika itu masih dianggap kuno dan belum terdedah kepada ilmu sains.

Antara fakta sains yang ditemui dalam al-Quran iaitu semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61), semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125), makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).


Selain itu, kajian lain yang dijalankan mendapati jumlah sesetengah perkataan yang berlawanan (dalam bahasa Arab) adalah sama bilangannya, antaranya perkataan dunia dan akhirat disebut masing-masing sebanyak 115 kali.

Perkataan lain adalah malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali), lelaki dan perempuan (24 kali), ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib ditemui adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali). Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang ada di dunia ketika ini iaitu masing-masing 71.111 peratus dan 28.889 peratus.


Misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukanlah rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah SWT.

Tuesday, September 2, 2008

MPV Proton photo leaked

well, this is the latest scoop on the upcoming new proton MPV. Proton said that it will conducting a road test at this mid sept 08. so they will be more spyshot to come. As this is from email circulated around the web.

IMO, this is the most real mpv images ever surfaced.




as you can see, during the Proton tech week, the chasis of the MPV has put on display.
so compare to yourself.


the mpv chasis



Pic on TV3 buletin utama. see the similarities?




as for this, it has circulated before that proton are using the same chasis as this chery mpv that recently launch by TPM, Najib Tun Razak.

ohhh and for this picture, BTW its the Lotus/proton MPX or APX you might say. its the high end thinggy.

Kekusutan dalam kes Liwat DAI

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat..

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia . Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan


Ulasan SaifRooney : Renung renungkan dan selamat beramal....

Mengapa Akta DNA ditentang?

Salah satu info penting.

Ternyata apa yang dilakukan kerajaan di dalam ingin meluluskan rang undang-undang identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan satu tindakan yang berbau politik. Apa yang di kesali bagaimana bacaan rang undang-undang tersebut hanyalah seketika sedangkan undang-undang lain seperti AUKU mahupun yang lain mengambil masa berbulan malahan bertahun.Jika benar undang-undang ini di gubal demi kepentingan bersama tiada masalah di sini namun apa yang menjadi isu dan di kesali apabila rang undang-undang ini seolah berlaku ketidak adilan dalam prosedur serta proses berkaitan yang membolehkan satu maklumat di manipulasikan demi kepentingan individu lebih-lebih lagi yang menjadi Ketua Bank itu sendiri terdiri dari pihak polis yang di khuatiri kredibiliti mereka.

Lihat sahaja seksyen 13 Rang undang-undang ini memberikan kuasa untuk pihak polis mengambil‘dengan segala cara yang perlu sesuatu sampel yang tidak intim daripada seorang yang ‘semunasabahnya disyaki melakukan kesalahan .

Sampel ini diproses dan profil DNA yang diperolehi disimpan di Bank Data DNA yang mana Ketua dan Timbalan Ketua Bank Data DNA ini adalah pegawai polis!

Ketua Bank DNA ini diberi hak untuk membetulkan butir-butir dalam profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya’ dan kuasa pembetulan ini ‘hendaklah dijalankan oleh Ketua Bank Data DNA secara sendirian tanpa perlu melibatkan pemerhati atau orang ke dua.

Maklumat daripada Bank Data DNA adalah suatu bukti muktamad dan mahkamah juga tidak boleh mempertikainya terhadap kuasa yang di beri terhadap Ketua Bank DNA.

Menteri, Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA, pegawai Bank Data DNA, pegawai perubatan kerajaan atau ahli kimia yang terlibat dalam sesuatu kes tidak boleh didakwa (KEBAL) berkenaan ‘apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa.

Kita tidak mahu dengar ada konspirasi atau manipulasi, mesti difikirkan mekanisme terbaik supaya tidak timbul keraguan agar sampel yang dibawa ke mahkamah nanti tidak dipertikaikan

Apa yang di pertikaikan kini kenapa pengambilan sampel tersebut tidak di lakukan oleh sebuah badan yang bebas mahupun hakim atau majistr

Ulasan SaifRooney : Walaupun ada kebaikan untuk memudahkan simpanan data akan tetapi kebanyakan perkara yang dinyatakan dalam akta DNA ini lebih bersifat ingin menjadikan rakyat sebagai bahan eksperimen hidup.

Sebagai contoh, sekiranya seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan contohnya Abu, dikatakan meliwat seorang budak, Ahmad. maka polis akan datang ambil sampel dgn paksa dgn alasan "untuk penyiasatan". Andaikata, memang Abu tidak meliwat sekalipun walaupun mempunyai alibi yang kukuh, oleh kerana beliau berprofil tinggi dan ingin dimalukan, maka polis mengatakan yang DNA Abu ada pada dubur Ahmad. Abu tak boleh buat apa sebab keputusan data DNA dari tabung DNA adalah MUKTAMAD. dan yang penting, Abu tak boleh buat apa2.

Terpulang kepada mereka yang ingin berfikir....