Tuesday, September 2, 2008

Mengapa Akta DNA ditentang?

Salah satu info penting.

Ternyata apa yang dilakukan kerajaan di dalam ingin meluluskan rang undang-undang identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan satu tindakan yang berbau politik. Apa yang di kesali bagaimana bacaan rang undang-undang tersebut hanyalah seketika sedangkan undang-undang lain seperti AUKU mahupun yang lain mengambil masa berbulan malahan bertahun.Jika benar undang-undang ini di gubal demi kepentingan bersama tiada masalah di sini namun apa yang menjadi isu dan di kesali apabila rang undang-undang ini seolah berlaku ketidak adilan dalam prosedur serta proses berkaitan yang membolehkan satu maklumat di manipulasikan demi kepentingan individu lebih-lebih lagi yang menjadi Ketua Bank itu sendiri terdiri dari pihak polis yang di khuatiri kredibiliti mereka.

Lihat sahaja seksyen 13 Rang undang-undang ini memberikan kuasa untuk pihak polis mengambil‘dengan segala cara yang perlu sesuatu sampel yang tidak intim daripada seorang yang ‘semunasabahnya disyaki melakukan kesalahan .

Sampel ini diproses dan profil DNA yang diperolehi disimpan di Bank Data DNA yang mana Ketua dan Timbalan Ketua Bank Data DNA ini adalah pegawai polis!

Ketua Bank DNA ini diberi hak untuk membetulkan butir-butir dalam profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya’ dan kuasa pembetulan ini ‘hendaklah dijalankan oleh Ketua Bank Data DNA secara sendirian tanpa perlu melibatkan pemerhati atau orang ke dua.

Maklumat daripada Bank Data DNA adalah suatu bukti muktamad dan mahkamah juga tidak boleh mempertikainya terhadap kuasa yang di beri terhadap Ketua Bank DNA.

Menteri, Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA, pegawai Bank Data DNA, pegawai perubatan kerajaan atau ahli kimia yang terlibat dalam sesuatu kes tidak boleh didakwa (KEBAL) berkenaan ‘apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa.

Kita tidak mahu dengar ada konspirasi atau manipulasi, mesti difikirkan mekanisme terbaik supaya tidak timbul keraguan agar sampel yang dibawa ke mahkamah nanti tidak dipertikaikan

Apa yang di pertikaikan kini kenapa pengambilan sampel tersebut tidak di lakukan oleh sebuah badan yang bebas mahupun hakim atau majistr

Ulasan SaifRooney : Walaupun ada kebaikan untuk memudahkan simpanan data akan tetapi kebanyakan perkara yang dinyatakan dalam akta DNA ini lebih bersifat ingin menjadikan rakyat sebagai bahan eksperimen hidup.

Sebagai contoh, sekiranya seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan contohnya Abu, dikatakan meliwat seorang budak, Ahmad. maka polis akan datang ambil sampel dgn paksa dgn alasan "untuk penyiasatan". Andaikata, memang Abu tidak meliwat sekalipun walaupun mempunyai alibi yang kukuh, oleh kerana beliau berprofil tinggi dan ingin dimalukan, maka polis mengatakan yang DNA Abu ada pada dubur Ahmad. Abu tak boleh buat apa sebab keputusan data DNA dari tabung DNA adalah MUKTAMAD. dan yang penting, Abu tak boleh buat apa2.

Terpulang kepada mereka yang ingin berfikir....




1 comment:

.:MamaawliyA:. said...

papa!!

Buat assignment tu!! jgn dok sibuk2 berblog berhujah sampai pointer pun rendah pikir diri dulu baru pikir kan diri org lain ok chiauuuu

from mama sayang!