Wednesday, September 17, 2008

Lompat? Boleh ker?

Sejarah Lompat Parti

Pertama, Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk pada tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan disokong oleh 3 orang ADUN Parti Negara.

Kedua, Nordin Salleh seorang ADUN PAS di Kelantan telah memenangi salah satu kerusi DUN Kelantan atas tiket PAS pada tahun 1990. Beliau kemudiannya keluar parti dan berpaling tadah ke Barisan Nasional.

Sila rujuk kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor. -V- Nordin Salleh & Anor, 1992.

Ketiga, pada tahun 1994 ADUN Sabah dari PBS telah melompat parti ke Barisan Nasional sekaligus mengubah kedudukan kerusi di negeri tersebut.

No comments: