Wednesday, September 17, 2008

Pak Lah ingat dia bagus


Ekonomi teruk sejak beberapa ketika ini. Sekarang PM dah letakkan tanggung jawab kewangan kepada timbalannya, Najib Tun Razak. Sebenarnya aku tak nampak beza antara dua orang ni. Lebih kurang jer kualiti otak mereka.

Tapi .... kegagalan negara menambah pelaburan masuk serba sedikit disebabkan kredibiliti Pemimpin Negara. Kalau PM tidak menyakinkan .. .siapa nak labur. Itu formula mudah nak cari punca.

Tapi yang best ... Pak Lah tak salahkan diri sendiri dan menteri menterinya yang sejenis mentaliti mangkuk mereka.

Pak Lah salahkan Anwar .. .kata nya
"Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri. - bernama

2 comments:

.:MamaawliyA:. said...

betulah kenyatan pak lah tu.. kucar kacir jadi nyer malaysia ku yang terchenta nie.. kerana seekor nyamuk yg selalu buat kenyatan yang tak pernah betul! penipu besaq!

Arabian said...

baca Utusan, berita harian.. proxy kerajaan. mmglah. sumer Pak Lah betul. nak mampus kalau lapor Pak Lah teruk? Chief editor sumer ader kepentingan dalam UMNO. takkan itu pun nak bgtau. Kalau org luar tuh percaya Anwar. baik suruh Pak Lah lantik Anwar jadi menteri MITI malaysia. Vofirm malaysia maju.

p/s : KLCI dah jatuh bwh 1000 mata! gila!